Thursday, February 5, 2015

Eja BUKU

Adam dah pra sekolah. Tahun depan darjah 1.
Macam biasa... banyak sangat alasan bila ajak buat ulangkaji.
Semalam, lepas tlg dia melancar bacaan pakai buku extra, ayah dia suruh eja "BUKU".
Tak pandai. Nangis pegi dapur. Mama dah ajar dkt 20x, keluar2 mengadap ayah dia... tetap salah eja. Bila ayah cakap "ok.. ayah tak nak beli basikal", maka laju la air mata turun.
Ayah suruh ambil pensil dan buku, tulis "buku" satu mukasurat. Lps siap, suruh sebut huruf dan bunyikan suku kata. Tetapppppp tergagap2 dan tertukar-tukar. Ya Allah... kenapa susah sangat ni Adam.. geram pulak mama dan ayah. This is really serious. Dulu rasanya dah pandai sikit.
Dipendekkan cerita... Adam memang kena marah berbakul2 which is mama and ayah memang menyesal lps tu. Sehingga kan adam mengigau mengeja "buku" dalam tidur. bukan sekali... tapi berkali2. 
Sian anak mama :(

Saturday, January 31, 2015

FIQS

at first, weols nak pegi tempat lain tapi tak jadi. tetiba teringat fiqs gastronomy. 
nampak mcm bestttt je. mcm gempakkkk je. let's see...

dekat je rupanya. takde sesat2... terus jumpa pakai waze.
nice... cantik restoran nya. open concept kitchen. Ada surau....


 ni side duck. shredded duck goreng garing kot.

soft shell crab fettucine. ok la. buttt...
its too dry. takde apa yg boleh dijilat pun kat pinggan bila makanan habis. hihi

 salted beef sandwich.
just like its name. rasa beef, salty and dry. no cheese no mustard ke what so ever. just dry.
side salad tu kalau belek betul2... oohh ada dressing rupanya. why la so kedekut.... haha

ok... this is club sandwich.
kalau dah nama club, mcm2 lah ada kan.

 in yg paling mengecewakan. brownies ni terrrsangat manis. 
it served with butterscotch sauce and ice cream. boleh imagine tak betapa manis nya ber double2. 
tak termakan. boleh makan 2 sudu aja.

tadaa... ini bil nya.

walaupun begitu... weols looking forward untuk try another menu especially breakfast menu. 
semoga gambar dan caption kat ig tidak menipu. chilllll.....


Monday, January 26, 2015

hihi haha huhu

ya Allah... dah lama tak update blog kesayangan ku ini.
banyak memori tak terakam dengan ayat di sini.
sebenarnya banyak yg berlaku dan banyak lah bz nya.
try rajin balik thn ni okeh ;)

Wednesday, May 29, 2013

Bila bayi tak mahu botol

Adelea PERNAH minum susu melalui botol sejak lahir. 1-2 kali sehari je. Ada juga sehari pun tak ada, sebab mama nya is always around to direct feed her. Tapi sejak 7 atau 8 bulan usianya, tiba2 dia tak nk botol. Tapi, kalau letakkan air kosong, dia minum pulak. Hehe... Macam2 baby ni knn... 

Sehingga lah Adelea berumur 1 thn, dia masih tak mahu botol susu walaupun mama mamanya tlh belikan Avent. terasa risau juga disitu, takut2 dia terus tak mahu botol lepas putus menyusu badan nanti atau tak mahu susu formula. Susah tuu..

Setelah buat keputusan nak menyusu campur, me tetap berikan dia susu secara menyuap dgn menggunakan sudu. See the problem here? She drinks milk, but no no bottle. Hehe. TETAPI, me teruskan cuba bagi susu melalui botol dahulu. Kalau dia tak mahu barulah gunakan sudu. Lots of work here... 

Alhamdulillah, usaha mama tak sia2. Seminggu ni, (1y3m++) Adelea dah mula nak minum susu melalui botol. Seronoknya mama. Terasa selesai 1 masalah. Syukur ya Allah.

To mommies yg have the same problem, key point di sini, TERUSKAN berusaha. Baby will CHANGE. They are developing and follow their phase. Go go mommies!

Tuesday, May 14, 2013

Adam is 4

Happy birthday my love, Adam... Yang ke 4 tahun. Mama rasa macam tak sempat nak buat birthday party la tahun ni. tapi mama dah belikan birthday present yang paling Adam suka buat masa ni. Hehe..
Mama beli kan Robocar Poli (Roy) yang dah lama Adam minta-minta tu. Mama puas cari kat kedai toys tapi tak jumpa, kirim kat kawan mama yang pergi Korea pun dia tak sempat belikan. Nasib baik ada kedai online yg import benda ni dari Korea.

Maka, Adam pun berkepit dengan bende ni sepanjang hari, kemana-mana. hihi. 
Dan ayah tetap belikan kek yang simple utk adam potong dan tiup lilin malam tu.


Semoga anak mama terus sihat, jadi anak soleh, jaga mama, ayah dan adik masa akan datang nanti. Aminnnn...

Saturday, May 4, 2013

My birthday

Sibuk sungguh packing barang untuk balik mengundi sampai lupa tepat jam 12am dah masuk 4hb Mei. Encik hasben yang kengkonon nya buang sampah malam-malam buta ni nak masuk rumah.
"Tutup la kipas kalau dah buka aircond..." encik hasben berkata.
"Cuba tutup lampu, nak tengok bulan kat luar ni..." dia berkata lagi.
Dalam hati aku, "apa la org tua ni bising-bising mengarut aje..." hehe
Tetiba dia masuk bawak sebiji kek berserta lilin yang dah dinyalakan sambil nyanyi lagu happy birthday. OWHH MYYY. Sangat surprise okk!! hehe... sebab memang lupa, sibuk mengemas barang nak balik sempena PRU13.

I just can't remember when is the last time i have a cake during my birthday. haha... selalunya kami akan tapau something dan makan kat rumah atau dine out. So, this is so sweet. My sweet sweet surprise. 
Thank you my dear, pecan butterscotch cake ni saaaangattt awesome.



Wednesday, April 24, 2013

Barber vs Dentist

Adam hates barber so much.
Seriously... sangat susah bawa Adam potong rambut. Start dari dalam kereta sampai turn dia nak potong dia akan menangis sambil pujuk mama supaya dia boleh escape dari potong rambut. 
Lastly, "nanti mama pegang adam boleh tak?" LOL. Mungkin ke'fobia'an dia tu disebabkan beberapa insiden telinga berdarah terkena mesin ketam rambut masa dia kecik2 dulu.

nampak baik je. tapi sebelum kena potong ni, masyaAllah.. hehe

mcm ni lah selalunya. sighh..

so so so not Adam. hehe...
Mungkin tukang potong rambut kena ambil course kaunseling juga seperti doktor gigi. hehe... Or maybe Adam dah masuk ke fasa baru, iaitu fasa berani. Kalau betul, Alhamdulillah.

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too