Thursday, September 1, 2011

Tok tidak dilupakan

I lost my nenek on 6th Ramadan 2011. Kami tak panggil arwah, nenek. Tapi kami panggil 'Tok'. Tok pergi pada usianya 76 tahun di Hospital Tuanku  Zahirah Kuala Terengganu, waktu sebelum subuh. Tok memang ada sikit kencing manis, darah tinggi, sakit urat, kolestrol... tapi dia meninggal disebabkan jangkitan kuman kat paru-paru... dah ajal kan... sedih... sedih... sedih... :'(

Alhamdulillah mak aku sempat berbakti di hujung hayat ibunya... 3 hari mak di hospital bergilir-gilir dengan adik beradik yg lain. Kami cucu-cucu yang lain kecuali kakak sulong gerak selepas dapat berita dari emak. (selepas sahur). Kak long dah balik awal dan sempat jaga tok kat hospital juga. Sampai kat kampung, memang dah nyaris-nyaris tak sempat nak tatap wajah tok buat kali terakhir. Tok dah siap dikafan tapi bahagian muka dibuka semula supaya kami cucu-cucu dapat tengok dan cium tok buat kali terakhir. Unfortunately ada beberapa adik yang tak sempat. Hanya beza beberapa minit sampai selepas kami. (Lain-lain kereta)

Memang rezeki aku dapat jumpa tok 2 minggu berturut-turut sebelum pemergian dia. Minggu pertama, memang sengaja balik kampung, dan minggu ke-2 balik ambil mak yang balik jaga emaknya yang dah mula sakit dan juga ada kenduri bacaan Yassin mendoakan kesihatan tok. Minggu pertama tu, sempat tok bagi Adam duit RM10 sambil cakap, "tak jumpa dah moyang lepas ni..." Aku jawab, "ish... memandai je la tok ni..." :'((

Tok dah takde, balik kampung dah macam tak berseri. Dulu, balik kampung Trg lah paling best. Tok ada kedai sarapan pagi di mana dia jual nasi dagang. Nasi dagang dia yang paling sedap di dunia. Setiap hari tak pernah tak habis. Sampaikan kalau kami bangun tido lambat, mak kena simpan dan sorok siap2 bahagian kami adik beradik. Sejak tok dah tak berapa sihat dan sakit lutut, tok dah tak buat nasi dagang lagi.....

Banyak lagi kenangan manis kat kampung tok dan tok sendiri selain dari dia suka bagi duit kat kami kalau balik kampung... budak-budak, memang suka dapat duit kan.... Banyak kalau nak diceritakan. Kalaulah korang, adik beradik ku ingat kat tok, jgn lupa doakan kesejahteraan tok di sana dan juga sedekahkan pahala ayat Quran ya... :'(( She is our favorite nenek kan???

Al-fatihah untuk Tok.

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too