Friday, May 13, 2011

The moment he was arrived...

2 years ago, Adam dilahirkan pada jam 8.50pm secara c-sect di Hospital UMRA. Masih teringat-ingat mild contraction bermula jam 6.30am. I was like, is it a contraction?? hehe... Sebab the EDD was supposed to be on the next day. After sent few text to my mom, i pergi hospital selepas alas perut sikit dan bila doctor check, wow... 3 cm already!!! yeay yeay... dah nak bersalin...

I terus kena stay kat normal labour room. Masa tu around 1pm, ketuban dipecahkan dan tungguuuuuu... Makin lama semakin kuat contraction datang. What can i describe is, 10 times harder than period cramp sampai macam nak tercabut pinggang. Sakit nyaa... After 4cm, then 7cm, doktor datang dan check, i dah terlalu bleeding. The doctor said, to be safe i tak boleh do normal delivery. (ohh... Thank God! dah tak sabar nak bersalin sebab dah lama sakit)

Lepas sign borang2, terus masuk operation theatre jam 7.45pm. First time tengok real operation table. Scaryyy.. I dibius di pinggang belakang oleh pakar bius, Dr Afa, dan terus hilang contraction sebab kebas dari pinggang ke kaki. Mengantuk sangat, tapi masih sempat rasa pisau Dr Rafi lalu bawah perut which is, tak sakit pun. hihi... Tak lama lepas tu, dapat dengar Adam dah keluar, menangis then terbatuk-batuk. hehehe.. sukeeeee sangat! Alhamdulillah... Anak aku selamat. Dr Ummul balut dengan selimut, bagi i tengok, cium dan Adam di bawa keluar. (Adam berbau air kelapa masa tu, wangi. hehe) Lepas tu i dah berlepas ke lala land... fuhh.. sedapnya tido...
Seminit lepas bius...
I: err.. doktor, saya nak...
Doc: muntah? (terus hulur besen kecil sepantas kilat)

Aku tersedar dan mamai-mamai sikit masa nurse dress me up dan tolak ke ward. Masuk ward tak pasti pukul berapa, tapi i nampak my friend, Rose Ann. hehe... Tak tau la aku say 'hi' ke tak kat Ann sebab macam aku cakap merapu jer. hahaha... Pastu sambung tido lagi... Betul-betul sedar jam 2 pagi, hubby ada kat sebelah bersama bubur McD :D Tapi tak makan, sebab ada ayam dan takut gatal masa tu. Maklum la, first delivery experience. Sambung lagi tido dan hubby teman dikatil sebelah.

Esoknya baru betul-betul dapat jumpa Adam dan suka betul bila adik-adik cerita, dengar suara Adam menangis punya la kuat masa keluar dari operation theatre tu dan siap terbersin. Semua ni, such a precious experience.
Ini la hasil nya..... tadaaaa....


Adam, the whole family is very happy to have you as a part of us. Jadi anak yang soleh ya!

Not very interesting fact:
1. Had morning sickness at 6th week pregnancy.
2. Admitted to the hospital twice due to very bad alahan.
3. Asik muntah sepanjang pregnancy (orang cakap, selalunya sampai 3 bulan aja. saya orang terpilih, sampai nak bersalin pun muntah lagi)
4. Used to muntah dalam surau (nasib ada beg plastik) dan tong sampah bawah meja ofis.
5. Tinggal puasa 17 hari pada ramadhan.

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too