Seumur hidup Adam yang dah berusia 2 thn setengah ni, dah 2 kali dia masuk hospital kerana cirit birit yang disebabkan viral infection. Dia berak-berak dan muntah. Kali pertama kena, memang tak tau berjangkit dengan siapa, tapi I ada suspect seseorang la (tak leh cakap kat sini)... Disebabkan itu adalah pengalaman pertama kami as a parents, kami saaaaaangat lah sedih dan susah hati. Nasib lah aku tak bekerja boleh jaga fulltime dan ayahnya cuti hampir seminggu berkampung di hospital.
|
Kali pertama admitted kat hospital |
Kali kedua, kami dah ada overview dan sedikit tenang berbanding dulu. Kali ni berjangkit dengan my cousin masa balik kampung. Disebabkan aku dah bagi minyak kelapa dara awal2 lagi, adam nampak ok. Tapi sebab dia muntah juga, dia tak nak makan. So, kena drip fluids jugak... Hampir 5 hari aku dan adam berkampung di KPJ Selangor. Lucky him, Adam ada medical card.
|
Kali ke-2 admitted. |
For those yang anak kena cirit birit, harap bertenang. If you all google pasal cirit birit kanak2 ni, memang tiada ubat. Doctor hanya akan bagi ubat tahan muntah, ubat kembung dan ORS. Selain tu doctor kat klinik ada menyarankan supaya memberi air nasi which is sama info ngan apa yg aku google. Dan yang paling penting, it takes 7-8 days untuk kanak2 itu sembuh. So, kalau admitted seminggu tu mmg normal. Tapi make sure it is not a rotavirus lah...
Aku dah serik tgk anak kena cirit birit. Kesian... Kalau dah melecet, laaaagi diaorg meragam. Now, bila nampak adam poopoo lain macam kerap jer, aku akan masukkan 3-4 titik minyak kelapa dara dalam susu botol dia. Pernah sekali tu, berak trus stop, cuma kentut2 je. Hehe... Alhamdulillah... Minyak kelapa dara boleh membunuh bakteria, dan pelbagai lagi khasiatnya.. Tak sia2 standby 1 kat rumah.