Saturday, December 31, 2011

last day of the year

Hari ni hari terakhir dalam 2011. Apa yang orang lain buat ek? Disebabkan cuti, mesti ramai balik kampung atau jalan-jalan.
Semalam, my parents datang setelah lama tak jejak Shah alam :) Sbb aku yang sarat tak balik-balik dan diaorang rindukan cucu yang bernama Adam ni, terpaksa la juga drive ke sini.... hehe... how cool my parents kan....
Since pagi takde decision nak pegi memana. Stay rumah, lepak masak-masak (dpt ler makan masakan ibu), dah tengahari baru terfikir nak jalan2 ke Putrajaya. Bukan tak pernah pegi sblm ni. Tapi tak pernah amik-amik gambar kat sana. 
Dalam banyak-banyak taman kat Putrajaya tu, kami pilih taman botani. Kat situ banyak pokok-pokok, sejuk mata memandang.... Ada jugak tasik dan Putrajaya Seafood Restaurant.



sebelum masing-masing countdown for new year atas katil, kami dinner kat Ayer's Rock Butcher & Grill Bukit Jelutong =)

Tuesday, December 27, 2011

Persediaan bermula

i stepped into 32 weeks yesterday. that is mean, baby dah berusia 8 bulan.... alhamdulillah... macam-macam dugaan dilalui sepanjang kandungan ni sebesar ini. Apa-apa pun, saya bersyukur....

kalau di flashback, sepanjang 8 bulan ni:
1. admit at hospital at 7th week. too dehydrate. tak boleh nak makan... muntah aja... the next 2 week, masuk emergency aja untuk drip jugak. balik rumah after 2 hours.
2. Adam kena viral infection masa balik kampung, dan mama dia ter jangkit sekali. Can you imagine... morning sickness + cirit birit... ya Allah... tak tau nak cakap mcmmana. Masuk ward again, but tak overnight. Drip the fluids 2 litters, dicsharge dan pergi admit kan adam plak. Stayed at hospital about 5 days.
3. Tok saya kembali ke rahmatullah... :(
4. Demam almost seminggu, 2 days before raya haji sampai habis raya.
5. Colds and blocking nose on and off throughout the pregnancy :( dugaan nyaaaa...

whatever it is, i dah hit the 8th months.... Alhamdulillahhh..... ya Allah, terus la beri aku kesabaran dan kesihatan... Nak dapat anak seronok. Tapi, immune system, sangattt lah lemah....
Minggu ni, dah start kumpul barang2 baby... basuh dan packing. Mana lah tahu kan... apa-apa jadi akan datang kita tak tahu. nanti baru kelam kabut org lain yang tolong siapkan.... which is memang akan menyusahkan orang itewww... hehe... Ada sikit sikit lagi barang yang nak dibeli, nak kena check balik my checklist. By end of next month, hopefully dah settle semuanya.

Thursday, December 22, 2011

Penyimpanan susu ibu

owh... i really need this info. maklum lah, anak pertama tak pernah perah dan simpan. anak ke -2 ni, cita-cita nak full breast feed. InsyaAllah... mungkin kakak and adik2 aku pun kena tahu ni.... boleh la baca....
Source: FB Persatuan Ibu-ibu comel mengandung

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Monday, December 19, 2011

Kiz Sport & Gym

Last Tuesday, we bring Adam to Kiz Sports & Gym at Empire Shopping Gallery. Umur 2 tahun ke atas macam Adam kena bayar RM38 for whole day..... tak kuasa nak main whole day. mau pengsan anak aku kat situ... hehe

Masuk dah dekat 6pm. 7pm lebih dah keluar. Tak ramai pun orang masa tu. Termasuk Adam hanyalah 3 orang... masa tu, playland ini mereka lah yang punyaaaa.... hahaha.... lagi pun they all close kul 8.

Malas nak citer or promote lebih-lebih pasal tempat ni... kalau nak tahu lebih bleh visit website diaorg. Kalau tak silap, ada a few kat KL ni...... dan aku ada snap sedikit gambar tempat ni, untuk tatapan semua :)

Antara rules nya, kena pakai socks all the time, tak boleh bawa/ makan inside. Kat sini juga ada pakej untuk birthday party, dan conduct aktiviti or program untuk kids. Itu apa yg aku baca around that place lah......

parents boleh tunggu kat sini

salah satu playland

pool with bola-bola

reading area kot

1 of activity room

ada jual drinks juga

Saturday, December 10, 2011

kenapa Addin sakit perut??

Addin is my adorable nephew :) comel kannn.... Baru-baru ni, dalam 3 minggu lepas dia selalu sakit perut.... sakit perut bukan nak poop. Tak tau kenapa... Bila dia sakit, dia akan menangis dan of coz meragam. Kesian bila my mom kol cerita dia mengadu sakit perut especially lepas makan. Dia memang kuat makan.....

Dah bawa Addin ke klinik. Doktor cakap 'angin'.... hurmm... senang jer doktor ni... pastu senang-senang bagi ubat angin + cacing untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas. (sekolah mana doktor ni ekk...) Mama nya dah google based on simtom-simtom yang ada. Kemungkinan yang ada adalah cacing, makanan tak hadam, susu tak sesuai dan macam-macam lah. Antara salah satu yang you all boleh baca kat sini .

Sedih bila dengar anak saudara sorang ni asik sakit, walaupun sakit perut. Tak tahu apa sakit addin ni. But, i am seriously risau. Tetiba aku teringat kan minyak kelapa dara. Terus aku bbm kat mama dia supaya amalkan titik sikit minyak kelapa dara dalam susu Addin. Mama nya buat dan amal kan dalam 5 hari - seminggu. Alhamdulillah... Addin takde sakit perut lagi. Boleh baca khasiat minyak kelapa dara di sini.

Untuk mommy2 semua, standby la satu minyak kelapa dara kat rumah. Banyak khasiatnya untuk seisi keluarga especially untuk anak-anak kecil. Mereka bukan boleh makan ubat sangat kan... Cari lah cara alternatif. InsyaAllah... 

Tuesday, December 6, 2011

Me'nate Steak House

Ulasan ikhlas dari hati en Ni. hehe..... kalau sedap katakan sedap.... kannn.... Jgn tipu2.


signboard kedai... 'besar' sangat sampai tak perasan. 2 kali lalu baru nampak.

Semalam aku pergi jejalan cari makan la kononnya. Hari pertama cuti. Itu la aktivitinya. So setelah tengok kat promo latest JJCM. Aku pun decide untuk mencari kedai western yang diberi nama Me’nate. Perghh tengok kat jalan2 cari makan. Ianya memang gempak dan terliur la. Kedainya terletak di ampang jaya. Jalan yang menghala ke highland tower sana. 

Pada mula nya memang tersesat la juga. Kerana direction yang diberikan oleh salah satu blog ni memang konfiuskan orang aja. So aku pun main try and error saja. Hehehe. Akhirnya jumpa. Rupanya dia depan kedai Naan corner aja. Cehhhhh. Buat perabih minyak saja. Hahaha. 

Kedai ni memang sekali pandang aja korang takkan jumpa,kerana mcm kedai kek sekali pandang pun ada. So bila aku masuk kedai tu. Mak ai boleh tahan jugak ramai. So aku sekeluarga pun tangkap la satu table. Sekelip saja waiter dia dtg bawa menu yang tak pernah aku tengok seumur hidupku makan western. Segalanya jenis steak dia ada dan dari murah sampailah kemahal punya daging dia ada. Bravo untuk tuan punya kedai. 

Yang pelik kat menu dia ialah dan mengelirukan customer ialah tiada harga tetap. Semuanya tertulis harga pada 100gm. Pada aku ni ok lah. Tapi pada aku,ianya agak tidak munasabah bila ada pelanggan yang tak tahu harga dan main order sahaja. Silap haribulan mahu tak cukup duit. 

Aku ni memang agak cerewet dengan hygienelah kalau nak tahu. Keadaan sekeliling agak kurang sikit la. Ada kucing bekeliaran. Dan tengah2 makan ni, Sikucing yang comel itu melompat ke atas. Ishhh pada aku la itu tak bagus. Tak tahu lah pada orang lain. Minta maaf ya tuan kedai. 

Aku order lah rib eye steak (medium cook). Hehehe. Bila sampai steak tersebut. Aku memang tidak nafikan yang presentation steak tersebut amat menarik. Steak yang tebal dan perfect medium grill. Tetapi…



Bila steak itu memasuki mulut aku. Aku rasa mcm apa yang aku makan ni??? Tak ada rasa lgsg?? Tak akan setakat grill kosong aja ke? Tak ada letak apa2 seasoning ke??. Aduiii. Failed sikit la rasa nya. Aku yang dah biasa dengan Victoria Station,The ship, San francisco Steak House, Ayer rock butcher & grill dan macam2 lagi la. Memang tak leh lawan lah bro. Aku rasa mcm tertipu dek TV saja. kalau aku kata kurang sedap. Tak elok la kan. Kerana aku tengok kat blog2 lain dok memuji sangat. So no komen la about orang lain punya tekak. Pada tekak aku ni ia menolak sama sekali. Kalau kira bintang tu, aku hanya akan bg 2 bintang saja. Itu pun kerana daging yang ko guna. 



Aku makan kat situ untuk 3 orang Rm 145 nett. Kalau kat Ayers Rock takkan sampai begitu bil nya. Makan massive burger kat ayers rock ni pun dah cukup menyelerakan. End up kami sekeluarga balik dengan keadaan yang hampa dan dok tergelak. So that is the first and the last la kami singgah ya tuan.

Ehhhhhh. Hari dah jauh malam. Masa untuk tido. Harap2 x termimpi steak. Hahaha.

Friday, December 2, 2011

Pesanan buat suami

Haha... Tajuk sure suspen kan. Ni bukan saja untuk suami, malah suami orang lain, anak, abang ipar, menantu dan cucu. Semua harus baca. Petikan ini diambil dari facebook page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung. Bagus untuk orang lain LIKE juga :) Cheers!

PESANAN UNTUK SUAMI


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni Senteng sahaja.Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too