Wednesday, January 18, 2012

Minyak Argan Emas Morocco

 
Minyak Argan untuk anti penuaan

Minyak argan adalah satu penemuan besar yang di perakui sebagai anti-penuaan yang terbaik. Masa kini,terdapat pelbagai produk di pasaran mengakui sebagai anti-penuaan dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan berkimia yang berbahaya dan tidak memberikan kesan yang di harapkan. Minyak argan yang di perolehi 100% asli terus dari biji argan tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya di perakui oleh pakar-pakar di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Apakah itu Anti-Penuaan?

Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang tidak terbilang jumlahnya di kenali sebagai sel-sel. Sel-sel ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup seperti manusia itu sendiri. Untuk kekal sihat dan kuat,sel-sel ini memerlukan diet atau permakanan yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang di perlukan.Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaik pulih dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan secara sistematik dan teratur. Untuk itu,dua komponen yang di perlukan untuk menyelesaikan tugas ini ialah bahan mentah dan tenaga yang di hasilkan. terdapat 3 pilihan untuk penggantian sel-sel ini:-
1. Akan di gantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini di kenali sebagai degenerasi.
2. Akan di gantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal kerana bekalan makanan yang mencukupi.
3. Akan di gantikan dengan sel-sel yang lebih baik,lebih kuat dan lebih segar. Dengan permakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini di panggil penjanaan semula. Inilah yang di kenali sebagai anti-penuaan. 

Minyak Argan-Anti-Penuaan

Fakta telah membuktikan dari penyelidik-penyelidik seluruh dunia bahawa anti-penuaan bukan sekadar impian tetapi adalah realiti. Makanan seperti coklat,gula,susu dan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan kemerosostan fungsi dan kekuatan sel-sel pada tubuh badan manusia. Manakala makanan dari biji benih,buahan-buahan segar dan sayur-sayuran dapat mengekalkan dan mengembalikan kekuatan dan fungsi sel-sel tersebut.
Minyak argan yang di ekstrak secara terus dari biji argan yang di lindungi kulit yang sangat keras menganudngi secara teknikalnya bahan kimia organik dalam komposisi yang sangat unik adalah sangat baik untuk pertumbuhan semula sel-sel badan manusia dalam pelbagai cara.
1.Asid lemak yang terdapat dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan keradangan yang merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh.
2. Kehadiran Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. Disebabkan degenarasi,kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul kedutan yang menandakan penuaan. Minyak argan dapat mengekalkan kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.
3. Sterols dalam minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat di dalam sendi manusia yang di panggil Kolagen,sekaligus mencegah kulit dan sendi menunjukkan kesan-kesan penuaan.
4. Juzuk lain yang terdapat dalam minyak Argan ialah sebatian fenolik. Sebatian fenolik melindungi badan daripada pencemaran dan radikal bebas.
5. Asid lemak tidak tepu dalam minyak Argan dapat melembutkan kulit yang kering dan merekah.
6. Penggunaan kerap minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut dan warna tidak sekata kulit.
7. Minyak Argan sangat berguna dalam menghapuskan stretch mark,kedutan dan tumit merekah yang muncul di sebabkan oleh penuaan.
Daripada fakta ini,minyak Argan terbukti 100% sebgai agen anti-penuaan terbaik di dunia.Sumber di petik dari http://www.arganoilsociety.org/anti-aging-oil/          

Cara menggunakan Minyak Argan

Pada Muka:-
1.Cuci muka dari sebarang alat solek atau kotoran dengan pencuci muka.
2.Titiskan beberapa titis minyak Argan ke tapak tangan.
3.Ratakan minyak di tapak tangan dan sapukan kemuka.
4.Urut perlahan-lahan untuk ratakan minyak Argan keseluruh bahagian muka
5.Berhenti mengurut setelah minyak Argan rata dan meresap.
6.Biarkan sehingga keesokan pagi dan cuci muka seperti biasa.
*Minyak Argan juga sebagai agen pelembab yang akan mengekalkan kelembapan kulit
*Gunakan hanya pada waktu malam dan tidak sesuai di gunakan pada waktu siang keranan tindak balas minyak argan yang pantas akan menyebabkan kulit anda menjadi hitam bila terkena cahaya matahari.
*Ia juga boleh di gunakan sebagai asas untuk solekan oleh wanita kerana sifatnya yang tidak berminyak.
*Urutan dan minyak Argan dapat melancarkan pergerakan darah di muka dan menyerikan wajah anda.
  
Seluruh badan:-
  • Lap keseluruhan badan anda dengan tuala sehingga benar-benar kering.
  • Titiskan beberapa titisan minyak Argan ke tapak tangan.
  • Sapukan pada anggota badan yang boleh tercapai dan lurut serta urut dengan perlahan sehingga minyak Argan meresap kedalam kulit.
  • Ulang langkah yang sama sehingga keseluruhan badan mendapat minyak Argan dan urutan.
  • Biarkan ia kering sendiri dan semalaman. Cuci dengan biasa keesokan pagi dengan sabun mandian.
*Sebaik-baiknya di gunakan pada waktu malam.
*Minyak Argan & urutan dapat melancarkan peredaran darah,mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
*Minyak Argan juga boleh di gunakan dalam mandian wap.    
        
Nak beli? Text me at 012.719.5561
60ml . RM70 
Special price for everyone!! 
 

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too