Wednesday, May 29, 2013

Bila bayi tak mahu botol

Adelea PERNAH minum susu melalui botol sejak lahir. 1-2 kali sehari je. Ada juga sehari pun tak ada, sebab mama nya is always around to direct feed her. Tapi sejak 7 atau 8 bulan usianya, tiba2 dia tak nk botol. Tapi, kalau letakkan air kosong, dia minum pulak. Hehe... Macam2 baby ni knn... 

Sehingga lah Adelea berumur 1 thn, dia masih tak mahu botol susu walaupun mama mamanya tlh belikan Avent. terasa risau juga disitu, takut2 dia terus tak mahu botol lepas putus menyusu badan nanti atau tak mahu susu formula. Susah tuu..

Setelah buat keputusan nak menyusu campur, me tetap berikan dia susu secara menyuap dgn menggunakan sudu. See the problem here? She drinks milk, but no no bottle. Hehe. TETAPI, me teruskan cuba bagi susu melalui botol dahulu. Kalau dia tak mahu barulah gunakan sudu. Lots of work here... 

Alhamdulillah, usaha mama tak sia2. Seminggu ni, (1y3m++) Adelea dah mula nak minum susu melalui botol. Seronoknya mama. Terasa selesai 1 masalah. Syukur ya Allah.

To mommies yg have the same problem, key point di sini, TERUSKAN berusaha. Baby will CHANGE. They are developing and follow their phase. Go go mommies!

Tuesday, May 14, 2013

Adam is 4

Happy birthday my love, Adam... Yang ke 4 tahun. Mama rasa macam tak sempat nak buat birthday party la tahun ni. tapi mama dah belikan birthday present yang paling Adam suka buat masa ni. Hehe..
Mama beli kan Robocar Poli (Roy) yang dah lama Adam minta-minta tu. Mama puas cari kat kedai toys tapi tak jumpa, kirim kat kawan mama yang pergi Korea pun dia tak sempat belikan. Nasib baik ada kedai online yg import benda ni dari Korea.

Maka, Adam pun berkepit dengan bende ni sepanjang hari, kemana-mana. hihi. 
Dan ayah tetap belikan kek yang simple utk adam potong dan tiup lilin malam tu.


Semoga anak mama terus sihat, jadi anak soleh, jaga mama, ayah dan adik masa akan datang nanti. Aminnnn...

Saturday, May 4, 2013

My birthday

Sibuk sungguh packing barang untuk balik mengundi sampai lupa tepat jam 12am dah masuk 4hb Mei. Encik hasben yang kengkonon nya buang sampah malam-malam buta ni nak masuk rumah.
"Tutup la kipas kalau dah buka aircond..." encik hasben berkata.
"Cuba tutup lampu, nak tengok bulan kat luar ni..." dia berkata lagi.
Dalam hati aku, "apa la org tua ni bising-bising mengarut aje..." hehe
Tetiba dia masuk bawak sebiji kek berserta lilin yang dah dinyalakan sambil nyanyi lagu happy birthday. OWHH MYYY. Sangat surprise okk!! hehe... sebab memang lupa, sibuk mengemas barang nak balik sempena PRU13.

I just can't remember when is the last time i have a cake during my birthday. haha... selalunya kami akan tapau something dan makan kat rumah atau dine out. So, this is so sweet. My sweet sweet surprise. 
Thank you my dear, pecan butterscotch cake ni saaaangattt awesome.



Wednesday, April 24, 2013

Barber vs Dentist

Adam hates barber so much.
Seriously... sangat susah bawa Adam potong rambut. Start dari dalam kereta sampai turn dia nak potong dia akan menangis sambil pujuk mama supaya dia boleh escape dari potong rambut. 
Lastly, "nanti mama pegang adam boleh tak?" LOL. Mungkin ke'fobia'an dia tu disebabkan beberapa insiden telinga berdarah terkena mesin ketam rambut masa dia kecik2 dulu.

nampak baik je. tapi sebelum kena potong ni, masyaAllah.. hehe

mcm ni lah selalunya. sighh..

so so so not Adam. hehe...
Mungkin tukang potong rambut kena ambil course kaunseling juga seperti doktor gigi. hehe... Or maybe Adam dah masuk ke fasa baru, iaitu fasa berani. Kalau betul, Alhamdulillah.

Tuesday, April 16, 2013

Adam's 1st dental experience at 3y11m

Urghh... Adam ada 2 gigi berlubang, atas. Nasib baik tergerak hati nak tengok atas. Sebab gigi bawah ok aja. So, have to bring him to the dentist as soon as possible sebab apa yg i heard, kids below 7 tak boleh cabut gigi sebab takut their arrangement lari. Sebelum sakit gigi, cranky tak hengat, kena cabut, baik la bawa ke dentist. huhu.

Adam is very good... except nak pegi dengan mama juga. Sighh... so, ayah stay at home and babysitting Adelea. Yayy! hahaha.. Dengan rela hati ikut mama pegi dental clinic nearby dan berkali-kali tanya, "boleh mama pegang adam? boleh mama riba adam?"

We are lucky sebab klinik takde patient hari ini, mungkin sebab bukan hari minggu dan we can see the dentist straight away. Mama angkat Adam letak atas kerusi yang canggih tu, dan adam refuse untuk baring. "Adam tak nak baring, adam nak duduk. Mama duduk la sekali.." haha...


Mama pun duduk dekat kaki Adam dan what i can say, Adam behaving very very goooodddd *love* Then, i put the google on him.


hehe... Adam still ok. Nasib baik 2-3 hari sebelum jumpa dentist mama dah brief Adam untuk buka mulut bila doktor suruh. Doktor pun sangat baik dan lemah lembut dan bgtau Adam, "Adam, sekarang gigi Adam ada ulat. Doktor nak keluarkan ulat tu dan tampal lubang tu ya.."


See, bagus kan Adam?? hehehe... Adam cooperate until everything selesai. Everytime doktor suruh buka mulut luas-luas, mama have to make demo and sound "Aaaaaaaaa..." *nganga* Pantang doktor free sikit dia akan question, "dah ke belum?" hehe.. Good job my son! Mama proud of you. 

Saturday, March 30, 2013

Adelea 1st birthday bash

Sangat last minute plan, hari sabtu 30 Apr 2013 (Adelea 1y1m18d) nak celebrate birthday Adelea. Saje nak potong kek jugak just untuk amik gambar kenang2an. Macam biasa lah, 1st birthday mesti buat kat rumah sebab senang kalau anak nak tido, poo, pee, bla.. bla...

Ayah tempah dan bawa balik kek yang di buat oleh chef Isa (kawan ayah), Alang dan maksu tolong belikan A&W, mama dan acik siapkan rumah, maklong sponsor satay. Maka, makan-makan lah kami malam itu. Just for fun and being together.

Kek Adelea ada kartun Pocoyo which is her current favorite cartoon character. hahha. Tengok pocoyo je kerja nya siang malam. Nak amik gambar pun susah, sibuk nak tengok pocoyo. Wan, Aki, Makteh tak dapat join. Maybe next year.

Abang Adam sangat excited dengan kek pocoyo itu, sampai dia cakap, "adam nak makan kek je, tak nak makan benda lain" LOL. Tak sabar-sabar nak potong. Adik still makan baby's food on her 1st birthday party. heehee. What to do.. gigi baru ada 2 :)




We all love u Adelea. Semoga adik membesar dengan baik, diberi kesihatan yang baik, terlindung dari kemudaratan, menjadi cerdik pandai, taat pada Allah, sayang pada rasul, murah rezeki dan dipermudah segala urusan serta menjadi anak yang soleh. Aminnn.

Tuesday, February 12, 2013

Happy Birthday Adelea - 1 tahun

Alhamdulillah, anak mama Adelea dah 1 tahun, sihat dan comel. Genap 1 tahun di rumah aki, sebab ikut acik dan maksu balik kampung.

 
Achievement (so far):
  • Belum boleh berjalan
  • Belum ada gigi
  • Panggil 'mama' pada umur 7 bulan setengah. bila dah 10 bulan, tak dgr dah. huhu
  • Jatuh 'countless' times :'(
  • 90% breastfeed

hehe.. sgt lah achievement kan... semoga Adelea membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah, dan taat perintah Allah. Aminnn.

Tuesday, January 15, 2013

DEMC: Demam dan batuk


Tetiba je Adam demam on ahad dan isnin dah kedengaran batuk. Isnin ptg mula agak panas, trus bawa dia ke outpatient DEMC. The doc said, batuk biasa dan demam. 

Selasa mlm adam mula demam tinggi, kurang mkn, minum, asik ckp "adam dah kenyang" dan kami trus bawa ke klinik klinik An Nisa nearby dan doc beri ubat tambahan iaitu antibiotik. Doc ckp, tonsil dah bengkak dan kehak jenis yg kental. Patut la dia tak mahu makan. Lembik dah.. harapkan susu aje :(

Balik rumah, lepas setengah jam diberi antibiotik, adam muntah. Tak tau antibiotic dah take effect ke belum dan keadaan sgt merisaukan. Pertama kali adam high fever dan mama, ayah bergilir doing sponging all the night dgn air daun bunga raya yg ayah pegi cari mlm2 buta kat playground. Kalau boleh, mlm ni juga nak bawa adam ke hospital, tp menunggu keajaiban mana tahu antibiotic td dah bertindak. Suhu adam still 38-39++ sepanjang malam.

Jam 4 lebih masa checking on Adam, terdengar Adelea pulak batuk. Batuk yg lain mcm. Mama dah tak sedap hati. Mesti Adelea dah berjangkit. Alahai... kesian baby...

Lps solat subuh, mama mula packing brg sbb dah tahu dan kalau boleh biarlah Adam masuk wad utk pemerhatian. Then, yes its confirm Adelea dah mula batuk dan feverish. Terus me bagi 1 dos ventolin dan 1 dos pcm, kami gerak ke hospital. 

Lps consultation session dgn Dr K, pakar kanak-kanak DEMC maka both admitted. Lega pun ada sb tak sanggup nak lalui malam2 yg mendebarkan sb anak high fever kat rumah. Adelea kena admit jgk sb have same symptoms and pattern mcm abg dia. Doc said, must be from the same kuman dan its good to treat awal before got high fever mcm abg dia. Both need antibiotic and nebulizer 4 jam sekali, kemudian doc tukar 3 jam sekali. See, how degil the phlegm.


Alhamdulillah, nasib baik ada insurance, dpt la stay kat hospital yg selesa, cantik lagi bersih. The most important thing for me is, toilet yg bersih. Heee.. We got sharing room, elok la tu. Ayah sleep with Adam, mama with Adelea.

Kids are given quite a num of meds + antibiotic. Adelea still dedar selama 5 hari tu. Lps 5 hari Adam dah 80% sihat, tp Adelea tak berapa ok. Ye lah, masa 1st day admitted dia baru kena, so hari ke 3-5 tu memang fasa menjadi2 lah kut. Adam kena physio 1 kali, Adelea 3 kali. Kesian anak2 mama kena tepuk. But syukur tak sampai tahap kena suction.

Hari isnin doc dah bagi discharge dan sambung meds kat rumah je. Alhamdulillah. Syukur anak-anak mama dah boleh balik. Terima kasih Ya Allah atas rezeki Mu, dapat anak2 dirawat di hospital yang selesa, balik rumah plak rasa tak best. haha..


dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too