Sibuk sungguh packing barang untuk balik mengundi sampai lupa tepat jam 12am dah masuk 4hb Mei. Encik hasben yang kengkonon nya buang sampah malam-malam buta ni nak masuk rumah.
"Tutup la kipas kalau dah buka aircond..." encik hasben berkata.
"Cuba tutup lampu, nak tengok bulan kat luar ni..." dia berkata lagi.
Dalam hati aku, "apa la org tua ni bising-bising mengarut aje..." hehe
Tetiba dia masuk bawak sebiji kek berserta lilin yang dah dinyalakan sambil nyanyi lagu happy birthday. OWHH MYYY. Sangat surprise okk!! hehe... sebab memang lupa, sibuk mengemas barang nak balik sempena PRU13.
I just can't remember when is the last time i have a cake during my birthday. haha... selalunya kami akan tapau something dan makan kat rumah atau dine out. So, this is so sweet. My sweet sweet surprise.
Thank you my dear, pecan butterscotch cake ni saaaangattt awesome.