Saturday, April 30, 2011

Batu Karang

Kesian my hubby... 19hb April yang lepas dia baru kehilangan ayahanda tersayang. 29hb April dia pulak admitted due to gallstone (suspected). 3 hari berulang-alik ke DEMC Shah Alam, jumpa doktor biasa, doktor pakar dan warded on 3rd day. Actually admitted tu pun sebab pakar nak buat further check up.

Night before Ni ke hospital, dia terjaga dari tido about 3.45am disebabkan sakit pinggang yang amat sangat. Lepas ke toilet 2-3 kali, buang air, muntah dan sebagainya, he decided nak pergi hospital keesokan pagi nya.

Finally, after a few procedure done and 1 night warded at a very comfortable room, the result is clear. No gallstone. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. But ada sedikit calar kat bladder.


Ada sedikit info mengenai batu karang yang boleh kita jadikan panduan selepas haku meng google masa Ni kat ward. Info ni aku dapat dari sini, sangat padat tapi penuh berinformasi.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).


p/s: Jangan lupa minum banyak air kosong... sekiranya ada gejala, cepat-cepat ke hospital.

Tuesday, April 26, 2011

Red Wok, Bangi


Last week, our sister berkursus di Bangi. So, kami pun mula jalan-jalan cari makan di area Bangi pulak. Lepas tanya sana, tanya sini nak cari tempat mkn best di Bangi, teringat ada some friends ada ajak gathering di 'Red Wok' a few weeks ago. Tapi sayer tak dapat join them. Huhu...

Selepas melalui Bandar Baru Bangi, GPS mula di'on'kan untuk mencari lokasi Jalan Kajang Impian 1/2. Rupanya dah tak jauh dengan Bandar Baru Bangi tu. Dulu masa study Bangi, 'Red Wok' ni belum wujud lagi.

Di Red Wok ni, ada 2 style makanan nya that is stimbot dan ala carte. Nampak pilihan stimbot macam meriah juga. But, we decided to have ala carte.

Lauk yang menjadi pilihan kami ialah butter crispy prawn (RM30), marmite chicken (RM15), clear tomyam soup (RM18), HK kailan salted fish (RM15) dan minuman(s). Hah, siap harga lagi aku letak... hihi. Semua saiz adalah medium dan kami makan berlima. Tak sangka pulak total bill is less than RM100. woohooo!!

Recommended to sesiapa yang jalan-jalan cari makan siri Bangi sebab food is good, the restaurant is open air and spacious. Price also reasonable. Nak cari map or full address Red Wok, bleh search 'Red Wok Restaurant' kat facebook.

Monday, April 18, 2011

Resepi Apam Mekar


Rasa nak buat kuih ni la... Resepi ni diambil dari www.myresipi.com dan letak kat blog siap2 sbb senang nak refer kat handfon dari dapur nanti. Kalau dah buat dan jadi, i upload gambar k... hihi. Below the receipe:

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Jom buat kuih!!

Saturday, April 16, 2011

Ke arah hari tua yang tenang dan gembira


Aku muda lagi. Wah perasannn :P Tapi semua orang akan jadi tua kan? Adakah kita sudah bersedia? Aku: belummmmm! Persediaan bermula sekarang.

1. Jaga kesihatan. Banyak cara untuk jaga kesihatan sebenarnya. Cuma antara buat atau tidak aja. Antaranya ialah bersenam, jaga pemakanan, ambil supplement dan macam-macam lagi. Sebab, bila kita tua dan sakit terutamanya sakit yang serius adalah tidak best. Kita mungkin hilang nikmat bergerak, makan, bercakap, dan sebagainya. So, jom jaga kesihatan! (setakat ni aku jarang bersenam, minum fresh juice dan makan supplement jer.. hik3)

2. Beli insurans. Rasanya semua dah tahu yang insurans ada pelbagai seperti hayat, kemalangan, kad hospital, penyakit kritikal dan sebagainya. Insurans sangat penting untuk melindungi kewangan kita dari perkara yang tidak dijangka. We have no idea kalau in future kita sakit, kemalangan, cacat kekal, dan hidup lama. Kan kan kan?? Kalau lah kami saaaangat kaya, dah lama beli insurans yang betul-betul komprehensif (yang boleh claim juta2 punye :P). Tapi, alhamdulillah kami dah ada comprehensive insurance plans for everyone in our family from Great Eastern and a personal accident insurance CIMB Aviva. Kira, kalau en Ni letak figure dalam e-filing, maksimum lah!! Tu tak termasuk MRTA, insurance kereta, dan yang kecik2.. :D Bukan fikirkan diri sendiri sahaja, fikirkan juga orang yang akan ditinggalkan (if 'pergi' sebelum masanya)

3. Beli rumah. Aku tak tau bagi orang lain, tapi rasanya semua orang perlu beli rumah at least sebuah. Kalau kaya, nak jugak beli 10. Tapi dalam mimpi je la kot... ngeh3.. Kalau ada rumah sendiri, tak yah la kita menyewa rumah orang lain sampai ke tua. Ada lah juga tempat kita berlindung dimasa tua nanti. Silap-silap, anak-anak yang menumpang rumah kita nanti. Aku? Tak mampu nak beli rumah... Tapi, walaupun aku tak bekerja, en Ni tetap meletakkan nama aku sebagai 'purchaser' rumah yang kami tinggal sekarang. Yeayyy!! aku ada rumah sendiri jugak. *muahh kat Ni* Harap-harap kami tua bersama-sama dan jaga antara satu sama lain.

4. Menyimpan. 20% dari pendapatan perlu disimpan tau tak? haa... bukan senang nak buat tu. Semua org budget tight, macam kami jugak. hehe... Simpan la kat ASB ke, Tabung Haji ker, SSPN untuk anak-anak, unit trust atau beli emas which is the best investment! Kalau nak harapkan duit KWSP, bila dah boleh keluarkan nanti, 2 tahun jer dah habis. Caya tak? Nak simpan bukan main susah. Tapi kalau nak habiskan, senang ajer kann... Ingat ya anak-anakku, jangan boros. Sila menyimpan!

5. Didik anak-anak dengan ilmu agama. InsyaAllah, dengan didikan agama yang kukuh ditambah dengan kasih sayang, anak-anak akan sentiasa jaga, hormat dan bersama kita hingga akhir hayat.

6. Selain daripada tu, beribadah, berbuat baik dengan semua makhluk dan jangan lupa berdoa.

Tuesday, April 12, 2011

Marigold Peel Fresh Contest

Tetiba baru teringat nak join satu contest ni... Tak dapat Volkswagen Polo pun, dapat RM20,000 cash pun jadi lahhhh.... (very the verangannn) hihi... Terus ajak en Ni pergi shopping groceries, dan sambar guava peel fresh. Kalau ikut kerakusan nak menyertai contest ni, nak aja amik 3-4 packs sekaligus. Tapi, memandangkan takut expired je dalam peti ais tu, i beli 1 ajer :D Lagipun contest period is from 1 April - 30 Jun 2011. Lama lagi...



Nak download borang, boleh klik sini.

P/s: Korang tak yah la join ek... hahaha... Kurang sikit saingan aku...

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too