Saturday, April 30, 2011

Batu Karang

Kesian my hubby... 19hb April yang lepas dia baru kehilangan ayahanda tersayang. 29hb April dia pulak admitted due to gallstone (suspected). 3 hari berulang-alik ke DEMC Shah Alam, jumpa doktor biasa, doktor pakar dan warded on 3rd day. Actually admitted tu pun sebab pakar nak buat further check up.

Night before Ni ke hospital, dia terjaga dari tido about 3.45am disebabkan sakit pinggang yang amat sangat. Lepas ke toilet 2-3 kali, buang air, muntah dan sebagainya, he decided nak pergi hospital keesokan pagi nya.

Finally, after a few procedure done and 1 night warded at a very comfortable room, the result is clear. No gallstone. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. But ada sedikit calar kat bladder.


Ada sedikit info mengenai batu karang yang boleh kita jadikan panduan selepas haku meng google masa Ni kat ward. Info ni aku dapat dari sini, sangat padat tapi penuh berinformasi.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).


p/s: Jangan lupa minum banyak air kosong... sekiranya ada gejala, cepat-cepat ke hospital.

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too