Saturday, April 16, 2011

Ke arah hari tua yang tenang dan gembira


Aku muda lagi. Wah perasannn :P Tapi semua orang akan jadi tua kan? Adakah kita sudah bersedia? Aku: belummmmm! Persediaan bermula sekarang.

1. Jaga kesihatan. Banyak cara untuk jaga kesihatan sebenarnya. Cuma antara buat atau tidak aja. Antaranya ialah bersenam, jaga pemakanan, ambil supplement dan macam-macam lagi. Sebab, bila kita tua dan sakit terutamanya sakit yang serius adalah tidak best. Kita mungkin hilang nikmat bergerak, makan, bercakap, dan sebagainya. So, jom jaga kesihatan! (setakat ni aku jarang bersenam, minum fresh juice dan makan supplement jer.. hik3)

2. Beli insurans. Rasanya semua dah tahu yang insurans ada pelbagai seperti hayat, kemalangan, kad hospital, penyakit kritikal dan sebagainya. Insurans sangat penting untuk melindungi kewangan kita dari perkara yang tidak dijangka. We have no idea kalau in future kita sakit, kemalangan, cacat kekal, dan hidup lama. Kan kan kan?? Kalau lah kami saaaangat kaya, dah lama beli insurans yang betul-betul komprehensif (yang boleh claim juta2 punye :P). Tapi, alhamdulillah kami dah ada comprehensive insurance plans for everyone in our family from Great Eastern and a personal accident insurance CIMB Aviva. Kira, kalau en Ni letak figure dalam e-filing, maksimum lah!! Tu tak termasuk MRTA, insurance kereta, dan yang kecik2.. :D Bukan fikirkan diri sendiri sahaja, fikirkan juga orang yang akan ditinggalkan (if 'pergi' sebelum masanya)

3. Beli rumah. Aku tak tau bagi orang lain, tapi rasanya semua orang perlu beli rumah at least sebuah. Kalau kaya, nak jugak beli 10. Tapi dalam mimpi je la kot... ngeh3.. Kalau ada rumah sendiri, tak yah la kita menyewa rumah orang lain sampai ke tua. Ada lah juga tempat kita berlindung dimasa tua nanti. Silap-silap, anak-anak yang menumpang rumah kita nanti. Aku? Tak mampu nak beli rumah... Tapi, walaupun aku tak bekerja, en Ni tetap meletakkan nama aku sebagai 'purchaser' rumah yang kami tinggal sekarang. Yeayyy!! aku ada rumah sendiri jugak. *muahh kat Ni* Harap-harap kami tua bersama-sama dan jaga antara satu sama lain.

4. Menyimpan. 20% dari pendapatan perlu disimpan tau tak? haa... bukan senang nak buat tu. Semua org budget tight, macam kami jugak. hehe... Simpan la kat ASB ke, Tabung Haji ker, SSPN untuk anak-anak, unit trust atau beli emas which is the best investment! Kalau nak harapkan duit KWSP, bila dah boleh keluarkan nanti, 2 tahun jer dah habis. Caya tak? Nak simpan bukan main susah. Tapi kalau nak habiskan, senang ajer kann... Ingat ya anak-anakku, jangan boros. Sila menyimpan!

5. Didik anak-anak dengan ilmu agama. InsyaAllah, dengan didikan agama yang kukuh ditambah dengan kasih sayang, anak-anak akan sentiasa jaga, hormat dan bersama kita hingga akhir hayat.

6. Selain daripada tu, beribadah, berbuat baik dengan semua makhluk dan jangan lupa berdoa.

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too