Tuesday, November 29, 2011

How tired...

Since si comel Adam lahir, I quit my job. Takde la kerja gempak sangat. Tapi ok lah... Selepas itu, bermula lah kerjaya aku sebagai momager / surirumah sepenuh masa. The reason why aku jadi surirumah ni adalah kerana tak dapat babysitter at the first place. Nak hantar nursery, memang tak sampai hati. Ingat anak dah umur setahun, boleh la kerja balik. Tapi, aku masih lagi di rumah. Kesian tak habis-habis. Hehe

Dengan menjaga sendiri anak di rumah, aku dah menyenangkan hati aku dan juga hati en hubby. Tak yah susah2 hati bila bekerja, anak makan apa, kena pukul atau tak, berak anak lambat basuh ke tak, sakit demam boleh dikawal (insyaAllah)... Kan... Tapi, adakah anda tahu bahawasanya menjadi surirumah sepenuh masa adalah sangat penat???

Kerja rumah memang tak pernah settle. Phewww~~~ Tapi, mak selalu pesan, banyak pahala besarkan anak. So, sabar je lah kan... :) Diploma dan degree aku simpan ajer lah buat kenang-kenangan buat masa ni... hihi... Anyway, thanks to hubby sebab provide streamyx wifi kat rumah, and also give me a blackberry. Kalau tak, tak tau la apa aku akan jadi. Bukan katak bawah tempurung lagi...... katak bawah tempurung dalam gua :)) sebab tv di conquer oleh anak dengan cartoon network atau DVD. Itu saja cecehan buat hari ini :D... 

But, i love my family... xoxo :)

Wednesday, November 23, 2011

suspen jer.. lepas makan pisang goreng

Petang td aku rasa sakit bawah perut. Sejam sebelum tu aku makan pisang goreng. Memula buat tak tahu jer... Tapi tetiba teringat aku pernah rasa sakit yang sama masa kat rumah kakak aku dan lepas mkn pisang goreng jugak. aikk.... sama jer pattern nya. kenapa niiiii??? Takkan tak boleh makan pisang kott...

Bila duk fikir, fikir dan fikir... adakah disebabkan KAPUR? Tau tak kapur makan tu??? Memang aku ada campur dalam bancuhan tepung untuk mengoreng tu. Lagi menakutkan aku bila teringat mak aku pnah cerita, kapur makan ni bila disapu pada sejenis buah (aku tak nk bgtau), bukan saja boleh menggugurkan kandungan, malah boleh mengancam nyawa si ibu. Mungkin dalam kuantiti yang banyak.... tapi, still menakutkan hokeyyy....!

Apa yg nk menyedapkan hati cuma, aku letak sikit je air kapur tu dan baby in my tummy dah nak masuk 7 bulan....... ya Allah..... peliharalah kandunganku...... Ameennn...
Apa-apa pun, aku agak je sebab kapur. Readers jangan main percaya je ok. tapi, berhati-hatilah dengan apa kita makan terutama bila mengandung. Semoga selamat semuanya........

Wednesday, November 16, 2011

Restoran Soto Shah Alam, Section 8

Dah 2 kali aku pegi restoran ni untuk tapau sejak berbadan dua ni. Teringin sangat nak makan soto kat sini. Tapi 2 kali pegi, tutup. Rupanya they tutup untuk renovation dan dah buka semula on 14 Nov.

Malam ni dapat la makan soto kat restoran ni. Restoran ni dah upgrade meja dan kerusi, tempat basuh tangan, dah tambah a few tv, dan ada jugak roti canai, nasi lemak, nasi dagang dan nasi kerabu. (tak tau la kot2 sblm ni aku tak perasan. sebab sekali jer pegi malam. yang lain mkn lunch)
ni la rupa soto yang aku makan
Tapi, rasanya mcm a bit different dari yang lama. Bergedil nya aku tak nampak. Ada rasa mcm bergedil, tapi rupanya tak mcm bergedil. Rasanya lebih kurang sama. Mungkin tukang masak atau tukang buat bergedil dah lama tak warm up tangan utk gentel bergedil tu kot. Sebab dah lama kedai ni tutup untuk renovation.
tempat lauk. memang hujung ke hujung
Kalau lunch time, restoran ni memang serve lauk hujung ke hujung. Memang banyak pilihan. Dan definitely ramai giler pelanggan dia. Kalau dah boring makan kat rumah, dah tak tau nak masak apa, lunch la kat sini. Boleh tido atas lauk pauk nya.....hihi. Lupa nak snap pic depan kedai. Tapi rasanya ada blog2 dan web lain yang letak alamat dan map kot. Leh tgk kat diaorg :)

Monday, November 14, 2011

ipad2, tab or no no (part 2)

*sengih besar-besar*

Finally we choose Samsung Galaxy tab 10.1! hehehe...

 
memang lah... hati mak ayah mana yang sampai hati nak tengok anak berebut mende alah ni bila orang lain ada.... tapi, mama tak bagi adam main tab 24/7. I bagi masa dia dah under control, mengamuk, boring tahap gaban, balik kampung, berebut channel tv ngan mama dan kacau mama dia masak or buat kerja-kerja penting. Other than that, little Adam hanya main toys, layan cartoon network dan DVD.

Best jugak G Tab ni. Interface cantik, dan senang nak faham (belum abis explore lagi...). Tapi basically, mcm pc la jugak. Cuma lebih simple. Sapa yang teragak-agak nak beli, sila beli..... hehe

Saturday, November 5, 2011

ipad2, tab or no no...

Hurmm... Ku di dalam dilemaaaa...
Bukan sebab nak beli yang mana satu... Tapi nak beli atau tak. Tujuannya pulak, nak diberi kepada anak yang baru berumur 2 stengah tahun... Macam berlagak je bunyinya kan... :P Tak caya, tgk la fb, berapa byk gmbar anak2 yang tgh touch touch touch...

I did my own research over the internet and magazines. If you all pun ada baca any parenting website or blog and magazines, most of them will said, NO NO for children under 3 years old. Betul juga kan?? Childrens needs human interaction bukannya computers. Even tengok tv banyak sangat pun tak bagus. Takut anak boring ekk? Kanak-kanak perlu boring supaya mereka boleh jadi kreatif.

Macam aku sendiri, agak2 kenapa parents sekarang nak belikan anak-anak diaorang gadjet2 ni? Is it all about learning? Ye kerrr??? :D Bukan sebab tak nak anak kacau ker? Hehe... Kalau beli pun, sure hanya untuk youtube dan puzzles only. Mak2 and bapak2 mesti dah ada BB or iphone sendiri nak access fb or twitter, kecuali lah agen2 korset yang suka jinjing mende alah ni kesana kemari... Hihihi :D

So, nak beli ke tak, nak beli ke tak? Kalau x beli, sepupu sepapat, jiran sume ada which is mende tu jadi punca peperangan, perrebutan dan pergaduhan. ngehh3... Aku dah tak larattt....

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too