Sunday, February 12, 2012

12.02.2012 : Our new extension- Adelea

Hari ini seseorang akan lahir ke dunia iaitu Adam's baby sister. Selepas subuh, aku dah start puasa makan. Aku sangat excited untuk hari ini tapi takut pun ada... Jam 8.30 pagi, aku dan hubby bertolak ke UMRA. Adam tak pulak meragam pagi tu. Baikkk aja.

Sampai je di sana, i terus di admitkan, check temperature, blood pressure, di interview beberapa soalan dan tak lama lepas tu, doktor Rafi datang visit. I told him that i feel a bit cold and blocking nose. Dia ask me to postpone the operation. the doc said, "buat ctg dulu and we will see in 1 hour". waaa... tak nak la.. dah excited untuk hari ni. Parents pun dah datang.... so, think think think... I suruh hubby pegi beli nasal spray downstairs. hehe... and it works. Alhamdulillah......

Then, aku kena tukar baju to operation dress, dan pakar bius pulak datang. Erk... a guy... He ask about my previous c-sect history, bla bla bla...  and check my breating. He said, 'ok'. Yayy... Then, nurse plak dtg untuk normal procedure lah, bawak enema dan shaver ;)

Dalam pukul 12, nurse tolak aku dengan wheel chair ke operation theatre. Ahhh... cuak pulak. Walaupun sebelum ni csect juga, tapi dalam tak berapa sedar sangat, sebab emergency czer masa tu. Dan aku dah tertido sebaik shj baby keluar. Now, it's feel like my first time. Masuk je OT, seeeejuk sangat, dan kali ini agak malu di situ sebab the pakar bius is lelaki. ughh... yang pernah kena czer mungkin faham kot. hehe.... maluuuu.... Doc bius akan bius kat belakang pinggang dan dalam masa 5 min pinggang ke bawah akan rasa kebas. Sedikit rasa loya dan shaking yang ter amat selepas itu. 

Bila difikir-fikirkan balik, malu nya bersalin ni..... the procedure is embarassing. hahaha.... Nasib baik aku rabun, tak nampak sesiapa clearly dalam OT tu. Nak pakai lens, takut tertido macam dulu. Kali ni aku sedar sampai la habis operation. Such a precious experience.

Jam 12.38pm, selamat lah seorang bayi perempuan lahir ke dunia. Dengar nya, doktor cakap susah juga nak keluar, sampai ada seorang lagi doktor yang kena tekan my perut atas to push the baby. Apa-apa pun, alhamdulillah aku dan baby selamat tanpa complication. Yang tak best nya, they all tak bagi aku cium baby macam dulu.... lupa ker.... ishhh... aku cuma dengar baby nangis sekejap dan terus dibawa keluar. Pastu i have no idea apa yang doctor buat ngan perut aku sampai bergoyang-goyang operation table tu. Like some people say, perut macam disumbat kekabu. :D

Dalam jam 1.30pm aku dah kembali ke wad dan hubby ke nursery minta baby untuk di iqamah kan. 1.40pm hubby masuk bilik bersama my little princess yang kecikk tomeii... I was like... kecik nya anak mama... muka ada iras abangnya, hidung cantik, mata sembab, kulit putih, belum dimandikan dan semuanya sempurna. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Lepas di iqamah dan snap picture jap, nurse datang untuk ambil baby semula.

Parents dan adik beradik sampai petang tu, dan i miss Adam so much.. hehe... sian budak yang kena berkongsi kasih ni. tapi he is in a good hands and behaving good. Yang tak best nya, aku muntah-muntah selepas operation. Can you imagine? Muntah selepas perut dijahit. erkkk... sakitttt.... amat...

For those yang have no idea about c-sect, boleh baca lagi di sini. Sangat true!

Welcome to the world Nur Adelea Zahra, cukup sepasang putera dan puteri kami. Mama and ayah sangat-sangat happy, semoga Adelea membesar dengan sihat dan hidup dengan baik. Aminn..

Day 1
Day 1 (night)
Day 2

Saturday, February 11, 2012

esok..

Ada apa esok? Aku dijadualkan untuk bersalin secara c-section (pembedahan) di Hospital UMRA. Don't know how to describe my feeling right now. Emosi, takut, ++++... Hehe
Antaranya? Selamat tak aku nanti? baby selamat tak? Baby sihat tak? Ada komplikasi tak masa pembedahan? Adam boleh tido tak tanpa mama dia? Adam meragam tak? Sakit sangat ke lepas operation nanti? Baby ada jaundice tak? Susu badan ada tak nanti? Haihhh... Kalau nak list satu-satu, memang penuh 2 mukasurat kertas kajang... Nak meletup dah kepala ni.
I just hope and pray for the best tomorrow. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui.

Tuesday, February 7, 2012

Food cravings

Asik rasa nak makan something sweet jer.. Last round of food cravings before my delivery is..... brownies. Haritu beli kat secret receipe tak sedap lansung. dry dan berderai... huh.. frust! last2, found old receipe given by my friend, Yanie. This is my first attempt dan mengucap panjang masa look at the ingredients... hehe... kalau makan sorang2, satu tray tu, esok nya konfem masuk hospital. huhuhu......

look at my brownies. not bad huh? hehe... the taste also yummyyy... (kalau ikut my tekak la..)
at the same day, my hubby bring back the pavlova from Serai cafe, Empire... 2 slices plak tu.... fuh... bertambah-tambah gula dalam badan. thanks to him... <3 <3 Macam tetau jer. sbb tertengok pavlova kat milkadeal haritu, trus masuk dalam wish list... hihi....

pavlova... sweet and crunchy
that's all.... ngade2 kan.... ni pun nak citer. suka hati lah... hehehe..... so, dah boleh bersalin dan berpantang dengan gembira. kui3...

Thursday, February 2, 2012

Ketagih

Chocolate Hazelnut ---> favourite!
Ahaha.. takde apa pun yang nak diketagihkan.... cuma benda ni jerrrr....
Demam chatime dah melanda satu Malaysia. Salah seorang mangsanya adalah aku dan en hubby. hihi.... Sedappp... kalau teringat, mesti rasa nak gi beli.
Nampak tak bubbles/ pearl yang kat bawah tu? sangat sangap untuk dikunyah-kunyah...
Kalau weekend, rasanya memana outlet pun akan beratur panjang. Sabo ajer lah yer ;)
Ini adalah salah satu my last round craving sebelum bersalin, alhamdulillah dah ditunaikan... hiksss....

Wednesday, February 1, 2012

Kokopelli Travellers & Bistro

Kalau sapa-sapa ada menonton Nona TV3 ep 2, 2012 kalau tak silap, si cantik Neelofa cover tempat ni. The owner is Malay and the food concept is Italian. My hubby and i dah pergi 2 kali, baru la nak blog. Kali pertama, sesat barat sampai la kena kol restaurant ni asked for the landmark.

Lokasi nya, kat section 14 Petaling Jaya. Opposite Dataran Tiga 2, menghadap Pappa Rich. Memang tak provide parking space, terpaksa la parking tepi-tepi jalan tu.

Tak rajin nak mengarut pepanjang malam ni, enjoy dulu the pictures ok... ;)

ada indoor dan outdoor.
space indoor sangat limited. dan outdoor plak, kalau duduk dekat2 pokok, ada plak si nyamuk... hehe. Yang pakai black shirt tu, is the owner. Very friendly. Dia akan greet every customer yang datang dan akan spend his time untuk borak-borak. Tu tak tau la amik order atau buat presentation. Lama betul... hehe...

the menu
Foccacia garlic toast
Chicken ala king... rasa mcm ayam dalam mushroom soup. tapi sedap juga... :)
Margherita pizza
seafood linguini aglio olio. Pedas sbb ada cili padi dan chili flakes. Fresh seafood. Nice!
seafood marinara. sedap, tapi i potong markah sket sebab pastanya agak overcooked. but fresh seafood. See the big mussels......
rolled beef lasagna. nice, but maybe because of very hot, the cheese a bit watery. but still nice.
creme brulee. superb!
rich trifle. nice..
fly me to the moon. unique taste, just like it's name...
except pizza and ala king, bil nya adalah sebegini.... see the nice number..... hehe
Overall, i can give 4 stars!!! (out of 5) *clap2*... Quite good huh!.... They close at 11pm... so, come early....

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too