Friday, December 7, 2012

Doa-doa yang baik

 Mari amalkan doa-doa ni.
1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik : SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

~ Dipetik dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
 
***semanis kurma tv9

Thursday, December 6, 2012

Tips menghentikan anak bercakap menjerit-jerit

Something to ponder...

*** copy dari fb


Saturday, December 1, 2012

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

 *** copy paste dari fb

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALL

AH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam.

Friday, November 16, 2012

health is wealth

Since ptg semalam, I got a heavy flu. tetiba sahaja okeh. tapi, Adam memang dah selsema 2 days earlier, he and one of my sister.
Not to blame diaorg, hehe... but I hate selsema yg teruk. nanti emo tak tentu pasal, susah nk buat kerja rumah hingus asik nk meleleh, rimas, rimas dan rimas. the worst part is berjangkit kat my baby adelea.
Went to see doctor last nite, its we called 'Sinusitis'. heavy flu, sakit rongga hidung (area pipi), sakit antara kening (area dahi), tekak merah, etc.
Walaupun hanya selsema yg teruk, tetiba saya hargai MASA SIHAT. Bila sakit, nak cari satu injection yang harga beribu untuk kembalikan kesihatan kepada sediakala adalah mustahil.
To speed up my recovery, i also took pure honey, vit c, multivitamin, vco, plenty of water instead of the meds. Harap2 semua membantu.

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
Kaya sebelum miskin,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

Thursday, November 15, 2012

Elomet cream

Sejak Adelea berumur 6 bulan lebih, dia ada gatal-gatal la pulak. Tak tau apa sebab nya. Masa lahir, kemain kulit tulus mulus. hehe.. Me sapukan lotion, minyak kelapa dara, gel gamat, semuanya ok. tapi lambat dan kena tekun.
Ada sekali tu, nampak dia gatal sangat dah tergaru-garu, akhirnya mamanya akur untuk beli ubat di farmasi. Sebenarnya, 2 hari sebelum tu, dah ke klinik dan doktor bagi 1 krim yang bila pakai, maaakkk aiiihhh... merahnya macam terbakar.
Ubat yang encik suami belikan bernama 'Elomet Cream'. Sebelum sampainya krim ni kat rumah, me dah google siap2. Ya... it's steroid based. Memang lah kesan nya sangat pantas kan.... Sapu 2 kali dah licin berseri kulit Adelea. weeee.... Seboleh2nya me memang tak nak sapu krim ni, hanya kalau terpaksa. Adakah Adelea ada eczema? hurmmm....


p/s: dah tanya paed pasal elomet cream ni. Pemakaian yg tegar boleh menipiskan kulit. Use it wisely ok mommies. i mean, kalau terpaksa sgt. cheerss..

Thursday, September 27, 2012

Adam loves supercars!

Umurnya baru 3 tahun 4 bulan, tapi nak beli Lamborghini. Boleh tak?

Memang berangan jer lah nmpaknya Adam. Hehe.. Kalau mama ni kaya raya, mama beli 2 bijik. 1 utk Adam, 1 utk mama bawa ke pasar. Kih3..

Adam loves supercar so much. Dia dah kenal Lamborghini (Lambojini), Porche (Koche), Ferrari (Felayi), Camaro (Camayo), Wolkswogon (fordwagon), Honda, Subaru (Subayu), Mini, Mercedes (kete cedes), BMW (B.U) dan.. Apa lagi eh.. Lupa la plak. Dia bukan lah tetiba kenal brand2 ni, tapi dia sangat taksub dengan game racing kat tab dia. Dan kadang2 dia belek mag Motortrader.

Kalau dia nampak kereta sport atau yang canggih manggih ni, dia akan jerit "Ma... Tgk kete tu.. Hebat kan..?" Kena la mama jawab dgn penuh excited, "haahhhh! Hebat!!...." Hehe.
Because of his passionate, we bring him to Naza Auto Mall tepi Faderal Highway tu. Masya Allah, suka betul dia. Lari sana sini, menjerit2 kenal kan mama kereta tu, kereta ni. Sabor je lah anak aku. Hehe. Aku pun x sangka bleh ke situ dan berdiri sblh Porche, Ferrari. Mampu berdiri je la. Beli memang tak dapek lah kut. Hahaha

Happy sgt bila tengok Adam happy. Masalahnya, dia tak nak balik. Aduhai, tak keluar dari showroom tu. Tau tak automall tu besar gila? Its like a mall, fully aircond dan various car bersusun untuk dipilih. Mcm nak gi beli brg rumah... Ha.. Gituu. penat heh nak berjalan. Next time kita pegi lagi ya Adam, bawak aki skali. Enjoy the pics!








Wednesday, September 12, 2012

selamat menjadi 7 bulan, Adelea

Adelea dah genap 7 bulan harini. 14 hari yang lepas sehingga semalam, adalah hari yang sukar untuk mamanya, iaitu aku :) Adelea demam dan batuk. baru pertama kali demam dah jadi sebegitu teruk. Nampak macam tak teruk, tapi kalau semua tahu akibat sekiranya tak jaga dan betul2 sembuh.... hmm.. sgt menakutkan. will blog about it sometime, but backdated. hihi.
Semoga Adelea terus sihat dan membesar dengan baik. skrg ni tgh fasa meniarap berguling-guling... bila pinggang dah kuat, mama nak letak dalam walker dah supaya adik leh nampak mama sepanjang masa. Adik kan peminat no 1 mama. tak boleh hilang kejap dari pandangan kan...
I love u as a baby. but, at the same time, mama tak sabar nak tgu adik besar, boleh brjalan, boleh bercakap... mesti byk soalan macam abg adam ;)

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidil Fitri 2012

Selamat Hari Raya.... Tahun ni beraya ber empat, which means its hari raya pertama Adelea. 
Kami sekeluarga beraya di Pahang dan raya ke dua balik ke Terengganu utk satu malam. Tahun ni, 2 family beraya rumah mertua mereka, so tak cukup korum. 
Selamat Hari Raya kepada semua reader (kalau ada.. hehe) Maaf zahir batin. 

Friday, June 29, 2012

Bayi susu ibu

Sharing is caring.

Jumpa gambarrajah ni kat internet. Good for everyone to know.
Mari lah menyusukan anak dengan susu ibu. Walaupun tak dapat sepenuhnya, cubalah sehabis boleh. 'Tiada susu' bukan alasan yer mommies. Usaha dan doa yang berterusan. InsyaAllah....

Monday, June 18, 2012

susu ibu dan menyusu

3 tahun lepas, tak pernah tengok gambar ebm (Expressed Breast Milk) di facebook. Sekarang orang dah selamberrrr. Boleh diterima lagi if gambar tersebut ialah ebm dlm botol/ liner yg disusun dlm freezer, tapi bukan gambar closed up! Tau tak, memula aku tgk gambar ebm org lain, aku rasa nak muntah dan maluuuu. Tp skrg org bagai nak berlumba-lumba tunjuk. Apa yg aku fikirkan, kalau aku sndiri seorang wanita malu nak tengok, apa plak org lelaki rasa eh? Sbb aku pnah baca dlm group tertutup fb, ada org reveal, some guy 'turned on' bila tgk gmbar ebm. Ewwww... So, hati2 ya mommies...

Tahun ni, terpaksa mempraktik kan 'breastfeed in public'. Oh oh oh... Bukan senang rupanya. Tapiii.. Bila mention 'in public', bukanlah saya jd flasher di situ. Hiksss... Kaum lelaki, even wanita pun, tak payah la nak pandang slack kat bf mom yg menyusu anak kat public. Encik2 suami, janganlah heret mom and baby balik cepat-cepat semata-mata tak mau bagi breast feed in public. Mom plak, lakukan lah dengan bermaruah seperti gunakan nursing cover, shawl, pakai nursing blouse (which is tak payah selak lebih2) dan if kekok sgt, budget2 lah masa. Agak2 dah sampai masa menyusu, pergi lah ke nursing room, mcm aku. Nghehehe.. Skrg dah byk nursing room kat shopping mall. Tak perlu feed kat toilet. Janganlah selak tshirt tu dari bwh ke atas kak oiii. Aku pun tak sanggup tengok perut mu itewww.... *tutup mata*

Since adelea is 95% full bf, I admit yang breastfeeding is not a ZERO COST. Siapa tak setuju sila angkat tgn. Hehe... Org cakap, menyusu badan dapat jimat byk. Yes, jimat tak payah beli formula milk. But the truth is, we have to spend on breast pump, storage bottle, milk booster, vitamins and time. Kalau direct bf, jimat lah juga tak payah beli pump and bottle. Tp brp org sgt yg dapat bg direct feed kan. Rezeki masing2. Mcm aku plak, byk spend kat milk booster. Selepas try macam2, now dah jumpa yg paling berkesan iaitu..... SHAKLEE product. Terus jadi ahli neh! If you wanna try, contact me ;) . Peace yooo...

gambar hiasan :)

Saturday, May 26, 2012

churpchurp: wang terkumpul ;)

hihihihi... tengok ni kengkawannn

banyak kann... sapa nak bagi free-free mcm tu... tak yah kuar modal.
Actually dah boleh cash out sebab dah lebih RM100. tapi aku nak peram lagi. ini pun tak berapa rajin nak share. kalau rajin sharing dan ramai yang klik, huiii... tak yah citer la $$$ nya.
cakap banyak tak guna... jom join... klik sini

Sunday, May 20, 2012

Adam's 3rd birthday

Happy 3rd bday sayang mama Adam.. Pejam celik pejam celik, sekejap je dah 3 tahun pada 14/5/2012.. Alhamdulillah, adam growing dgn baik dan sihat.

Since 2 tahun setengah adam dah petah bercakap. Tanya mama soalan macam2 sampai mama tak larat nak jawab. Kekadang mama smpai cakap "syhhhh... Diam kejap adam. Mama nak rehat." Hehe... I'm a bad mama...

Birthday celebration adam dibahagi kepada dua bahagian tahun ini *amboi*.. Part one is, we all having dinner outside kat Bubba Gump & Shrimp, The Curve. Sampai2 the curve je, adam dah tido. Terpaksa dukung Adelea dan letak Adam dlm stroller. Ingatkan dia tido kejap jer. Rupanya, sampai kejutkan pun dia tak nak bangun. Hehe.. Terpaksa kejutkan jugak birthday boy ni, but dia emosi tak stabil sepanjang makan. Then, we all jalan2 around the street which Adam sangat enjoy dan tak nak balik. Menangis sampai tersedu2. Poor my little boy. Hehe

Part 2 is, we bought a cake and domino pizza, invite his aunts and uncle to makan2. Adam suka sangat tiup lilin on the cake. That's why kena buat part 2 jugak. Belum nyanyi, lilin dh kena tiup... Hehe. Aki and wan tak dapat join this year sebab busy.

Mama and ayah loves you Adam. Muachhhh xxxxx. Semoga jadi anak yang soleh dan terus hidup dengan baik. Aminnnn..

Thursday, May 17, 2012

Adelea 3 bulan

yay! anak mama dah cecah 3 bulan. Alhamdulillah... bukan senang nak jaga baby yer. Mereka sangat fragile :) Selagi belum cecah 6 bulan, atau at least setahun, mama nya saaaangat tak senang hati dan cerewet. huhu.. nak bawa keluar pun fikir 5 kali. Sebelum usia 3 bulan ni pun, mcm2 dah dugaan kat Adelea ni...

Dah 3 bulan ni, Adelea dah riuh sikit. Cukup marah betul dia bila ayah dia kiss dengan ada janggut sikit. Dia akan menjerit kuat siap kaki tangan sume naik. hahaha... Dia selalu senyum2 bila org agah2.

Malam tadi pegi cucuk Adelea untuk 3 bulan. Menangis sangat dia. Lama plak tu... meleleh-leleh air mata. kesian mama tgk. kalau anak 1st ni, konfem dah mama nangis sama. huhu.. tapi, anak pertama ke, kedua ke, tetap tak sanggup tengok diaorg kena cucuk ngan encik jarum tu. Beratnya baru 5.27kg dan panjang 60cm. Alhamdulillah... meningkat.

Dedar sikit Adelea hari ni. tapi dah bagi ubat, harap2 kejap lagi dah kebah. Aminnn... Abangnya asik tanya aje, "adik sakit? terukkan doktor tu. Adam nak pakai topi jap. Nak pegi pukul doktor". Perasan boboiboy la tu... haha

Sunday, February 12, 2012

12.02.2012 : Our new extension- Adelea

Hari ini seseorang akan lahir ke dunia iaitu Adam's baby sister. Selepas subuh, aku dah start puasa makan. Aku sangat excited untuk hari ini tapi takut pun ada... Jam 8.30 pagi, aku dan hubby bertolak ke UMRA. Adam tak pulak meragam pagi tu. Baikkk aja.

Sampai je di sana, i terus di admitkan, check temperature, blood pressure, di interview beberapa soalan dan tak lama lepas tu, doktor Rafi datang visit. I told him that i feel a bit cold and blocking nose. Dia ask me to postpone the operation. the doc said, "buat ctg dulu and we will see in 1 hour". waaa... tak nak la.. dah excited untuk hari ni. Parents pun dah datang.... so, think think think... I suruh hubby pegi beli nasal spray downstairs. hehe... and it works. Alhamdulillah......

Then, aku kena tukar baju to operation dress, dan pakar bius pulak datang. Erk... a guy... He ask about my previous c-sect history, bla bla bla...  and check my breating. He said, 'ok'. Yayy... Then, nurse plak dtg untuk normal procedure lah, bawak enema dan shaver ;)

Dalam pukul 12, nurse tolak aku dengan wheel chair ke operation theatre. Ahhh... cuak pulak. Walaupun sebelum ni csect juga, tapi dalam tak berapa sedar sangat, sebab emergency czer masa tu. Dan aku dah tertido sebaik shj baby keluar. Now, it's feel like my first time. Masuk je OT, seeeejuk sangat, dan kali ini agak malu di situ sebab the pakar bius is lelaki. ughh... yang pernah kena czer mungkin faham kot. hehe.... maluuuu.... Doc bius akan bius kat belakang pinggang dan dalam masa 5 min pinggang ke bawah akan rasa kebas. Sedikit rasa loya dan shaking yang ter amat selepas itu. 

Bila difikir-fikirkan balik, malu nya bersalin ni..... the procedure is embarassing. hahaha.... Nasib baik aku rabun, tak nampak sesiapa clearly dalam OT tu. Nak pakai lens, takut tertido macam dulu. Kali ni aku sedar sampai la habis operation. Such a precious experience.

Jam 12.38pm, selamat lah seorang bayi perempuan lahir ke dunia. Dengar nya, doktor cakap susah juga nak keluar, sampai ada seorang lagi doktor yang kena tekan my perut atas to push the baby. Apa-apa pun, alhamdulillah aku dan baby selamat tanpa complication. Yang tak best nya, they all tak bagi aku cium baby macam dulu.... lupa ker.... ishhh... aku cuma dengar baby nangis sekejap dan terus dibawa keluar. Pastu i have no idea apa yang doctor buat ngan perut aku sampai bergoyang-goyang operation table tu. Like some people say, perut macam disumbat kekabu. :D

Dalam jam 1.30pm aku dah kembali ke wad dan hubby ke nursery minta baby untuk di iqamah kan. 1.40pm hubby masuk bilik bersama my little princess yang kecikk tomeii... I was like... kecik nya anak mama... muka ada iras abangnya, hidung cantik, mata sembab, kulit putih, belum dimandikan dan semuanya sempurna. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Lepas di iqamah dan snap picture jap, nurse datang untuk ambil baby semula.

Parents dan adik beradik sampai petang tu, dan i miss Adam so much.. hehe... sian budak yang kena berkongsi kasih ni. tapi he is in a good hands and behaving good. Yang tak best nya, aku muntah-muntah selepas operation. Can you imagine? Muntah selepas perut dijahit. erkkk... sakitttt.... amat...

For those yang have no idea about c-sect, boleh baca lagi di sini. Sangat true!

Welcome to the world Nur Adelea Zahra, cukup sepasang putera dan puteri kami. Mama and ayah sangat-sangat happy, semoga Adelea membesar dengan sihat dan hidup dengan baik. Aminn..

Day 1
Day 1 (night)
Day 2

Saturday, February 11, 2012

esok..

Ada apa esok? Aku dijadualkan untuk bersalin secara c-section (pembedahan) di Hospital UMRA. Don't know how to describe my feeling right now. Emosi, takut, ++++... Hehe
Antaranya? Selamat tak aku nanti? baby selamat tak? Baby sihat tak? Ada komplikasi tak masa pembedahan? Adam boleh tido tak tanpa mama dia? Adam meragam tak? Sakit sangat ke lepas operation nanti? Baby ada jaundice tak? Susu badan ada tak nanti? Haihhh... Kalau nak list satu-satu, memang penuh 2 mukasurat kertas kajang... Nak meletup dah kepala ni.
I just hope and pray for the best tomorrow. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui.

Tuesday, February 7, 2012

Food cravings

Asik rasa nak makan something sweet jer.. Last round of food cravings before my delivery is..... brownies. Haritu beli kat secret receipe tak sedap lansung. dry dan berderai... huh.. frust! last2, found old receipe given by my friend, Yanie. This is my first attempt dan mengucap panjang masa look at the ingredients... hehe... kalau makan sorang2, satu tray tu, esok nya konfem masuk hospital. huhuhu......

look at my brownies. not bad huh? hehe... the taste also yummyyy... (kalau ikut my tekak la..)
at the same day, my hubby bring back the pavlova from Serai cafe, Empire... 2 slices plak tu.... fuh... bertambah-tambah gula dalam badan. thanks to him... <3 <3 Macam tetau jer. sbb tertengok pavlova kat milkadeal haritu, trus masuk dalam wish list... hihi....

pavlova... sweet and crunchy
that's all.... ngade2 kan.... ni pun nak citer. suka hati lah... hehehe..... so, dah boleh bersalin dan berpantang dengan gembira. kui3...

Thursday, February 2, 2012

Ketagih

Chocolate Hazelnut ---> favourite!
Ahaha.. takde apa pun yang nak diketagihkan.... cuma benda ni jerrrr....
Demam chatime dah melanda satu Malaysia. Salah seorang mangsanya adalah aku dan en hubby. hihi.... Sedappp... kalau teringat, mesti rasa nak gi beli.
Nampak tak bubbles/ pearl yang kat bawah tu? sangat sangap untuk dikunyah-kunyah...
Kalau weekend, rasanya memana outlet pun akan beratur panjang. Sabo ajer lah yer ;)
Ini adalah salah satu my last round craving sebelum bersalin, alhamdulillah dah ditunaikan... hiksss....

Wednesday, February 1, 2012

Kokopelli Travellers & Bistro

Kalau sapa-sapa ada menonton Nona TV3 ep 2, 2012 kalau tak silap, si cantik Neelofa cover tempat ni. The owner is Malay and the food concept is Italian. My hubby and i dah pergi 2 kali, baru la nak blog. Kali pertama, sesat barat sampai la kena kol restaurant ni asked for the landmark.

Lokasi nya, kat section 14 Petaling Jaya. Opposite Dataran Tiga 2, menghadap Pappa Rich. Memang tak provide parking space, terpaksa la parking tepi-tepi jalan tu.

Tak rajin nak mengarut pepanjang malam ni, enjoy dulu the pictures ok... ;)

ada indoor dan outdoor.
space indoor sangat limited. dan outdoor plak, kalau duduk dekat2 pokok, ada plak si nyamuk... hehe. Yang pakai black shirt tu, is the owner. Very friendly. Dia akan greet every customer yang datang dan akan spend his time untuk borak-borak. Tu tak tau la amik order atau buat presentation. Lama betul... hehe...

the menu
Foccacia garlic toast
Chicken ala king... rasa mcm ayam dalam mushroom soup. tapi sedap juga... :)
Margherita pizza
seafood linguini aglio olio. Pedas sbb ada cili padi dan chili flakes. Fresh seafood. Nice!
seafood marinara. sedap, tapi i potong markah sket sebab pastanya agak overcooked. but fresh seafood. See the big mussels......
rolled beef lasagna. nice, but maybe because of very hot, the cheese a bit watery. but still nice.
creme brulee. superb!
rich trifle. nice..
fly me to the moon. unique taste, just like it's name...
except pizza and ala king, bil nya adalah sebegini.... see the nice number..... hehe
Overall, i can give 4 stars!!! (out of 5) *clap2*... Quite good huh!.... They close at 11pm... so, come early....

Tuesday, January 31, 2012

Safe Deposit Box

Hari-hari ada je baca pasal pecah rumah. Paling menakutkan bila si penyamun itu bersenjata.... Aduhh... harap dijauhkan lah... *Aminn* Pasang grill pun tak menjanjikan apa-apa, but it still one of the precaution.

Walaupun tak banyak harta, adakah kita nak consider renting a safe deposit box? Hurmmm...

  • Slow down in economy with a proportionate increase in crime rate
  • Influx of illegal immigrants
  • Corresponding increase in crime rate i.e House Break ins
  • Jewelry, documents, family heirlooms & other irreplaceable items are too valuable to store at home
  • A safe deposit box is resistant to theft, fire and water ingress
  • The contents of a safe deposit box are insured*
  • Central location for storage of a will & important personal docs in the event of the determination of an estate
  • The enjoyment of peace of mind especially when you are away or "Balik Kampong"


Baru jap ni research SDB ni. You all pun boleh la tgk kalau nak tgk.... :)








Wednesday, January 25, 2012

Week 36: Hospital bag checklist

Guide ni aku dapat dari sini , dan aku modify sket mengikut kemampuan dan kesesuaian diri sendiri... hihi

Things to Pack For Mom
  • Comfortable Clothes - Few t-shirt, kain batik, sweater, towel, face towel.
  • Birthing Gown – If you’re going glam and bringing your own.
  • Breastfeeding Comfort Items – Nursing Bra, Nursing Gown and maybe even a Nursing Cover if you expect lots of company in the hospital.
  • Underwear – giant granny panties, disposable panties, senang... nanti buang ajer.... :D
  • Maxi Pads – You have to wear them post-delivery so you might as well use a brand you’re familiar or comfortable with. Beli yg overnight and heavy flow.
  • Slippers and Socks – Hospitals can be cold!
Things to Pack for Baby
  • Comfortable pyjamas
  • Mittens & booties
  • Receiving Blanket
  • Hat
  • Towel
  • Napkin
  • Diapers
Things to Pack for Family
  • An Overnight Bag for Older Sibling or husband - If you’re taking your kid(s) somewhere when you go to the hospital, pack a change of clothes and any other essentials for them in a separate bag.
  • Phone /Charger – Makes it easier to spread the good news!
Last Minute Things to Pack
  • Contacts / Glasses
  • Toothbrush & Toothpaste - For your partner, too, if they are staying at the hospital with you.
  • Toiletteries, sikat.
  • Camera / Video Camera- Make sure the battery is charged or pack extra batteries.
  • Blackberry - Clearly this should be the first thing on my list. 
  • Wooven bag / plastic bag - untuk letak baju kotor

ready to gooooo!!

Wednesday, January 18, 2012

Minyak Argan Emas Morocco

 
Minyak Argan untuk anti penuaan

Minyak argan adalah satu penemuan besar yang di perakui sebagai anti-penuaan yang terbaik. Masa kini,terdapat pelbagai produk di pasaran mengakui sebagai anti-penuaan dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan berkimia yang berbahaya dan tidak memberikan kesan yang di harapkan. Minyak argan yang di perolehi 100% asli terus dari biji argan tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya di perakui oleh pakar-pakar di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Apakah itu Anti-Penuaan?

Tubuh manusia terdiri dari unit-unit yang tidak terbilang jumlahnya di kenali sebagai sel-sel. Sel-sel ini memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup seperti manusia itu sendiri. Untuk kekal sihat dan kuat,sel-sel ini memerlukan diet atau permakanan yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang di perlukan.Tubuh badan manusia akan secara semulajadi membaik pulih dan menggantikan sel-sel yang telah tua atau mati dengan secara sistematik dan teratur. Untuk itu,dua komponen yang di perlukan untuk menyelesaikan tugas ini ialah bahan mentah dan tenaga yang di hasilkan. terdapat 3 pilihan untuk penggantian sel-sel ini:-
1. Akan di gantikan dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan yang seimbang dan kurang nutrien. Proses ini di kenali sebagai degenerasi.
2. Akan di gantikan dengan sel-sel yang berkualiti sama dengan yang asal kerana bekalan makanan yang mencukupi.
3. Akan di gantikan dengan sel-sel yang lebih baik,lebih kuat dan lebih segar. Dengan permakanan dan nutrien yang mencukupi proses ini di panggil penjanaan semula. Inilah yang di kenali sebagai anti-penuaan. 

Minyak Argan-Anti-Penuaan

Fakta telah membuktikan dari penyelidik-penyelidik seluruh dunia bahawa anti-penuaan bukan sekadar impian tetapi adalah realiti. Makanan seperti coklat,gula,susu dan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan kemerosostan fungsi dan kekuatan sel-sel pada tubuh badan manusia. Manakala makanan dari biji benih,buahan-buahan segar dan sayur-sayuran dapat mengekalkan dan mengembalikan kekuatan dan fungsi sel-sel tersebut.
Minyak argan yang di ekstrak secara terus dari biji argan yang di lindungi kulit yang sangat keras menganudngi secara teknikalnya bahan kimia organik dalam komposisi yang sangat unik adalah sangat baik untuk pertumbuhan semula sel-sel badan manusia dalam pelbagai cara.
1.Asid lemak yang terdapat dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan keradangan yang merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh.
2. Kehadiran Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. Disebabkan degenarasi,kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul kedutan yang menandakan penuaan. Minyak argan dapat mengekalkan kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.
3. Sterols dalam minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat di dalam sendi manusia yang di panggil Kolagen,sekaligus mencegah kulit dan sendi menunjukkan kesan-kesan penuaan.
4. Juzuk lain yang terdapat dalam minyak Argan ialah sebatian fenolik. Sebatian fenolik melindungi badan daripada pencemaran dan radikal bebas.
5. Asid lemak tidak tepu dalam minyak Argan dapat melembutkan kulit yang kering dan merekah.
6. Penggunaan kerap minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut dan warna tidak sekata kulit.
7. Minyak Argan sangat berguna dalam menghapuskan stretch mark,kedutan dan tumit merekah yang muncul di sebabkan oleh penuaan.
Daripada fakta ini,minyak Argan terbukti 100% sebgai agen anti-penuaan terbaik di dunia.Sumber di petik dari http://www.arganoilsociety.org/anti-aging-oil/          

Cara menggunakan Minyak Argan

Pada Muka:-
1.Cuci muka dari sebarang alat solek atau kotoran dengan pencuci muka.
2.Titiskan beberapa titis minyak Argan ke tapak tangan.
3.Ratakan minyak di tapak tangan dan sapukan kemuka.
4.Urut perlahan-lahan untuk ratakan minyak Argan keseluruh bahagian muka
5.Berhenti mengurut setelah minyak Argan rata dan meresap.
6.Biarkan sehingga keesokan pagi dan cuci muka seperti biasa.
*Minyak Argan juga sebagai agen pelembab yang akan mengekalkan kelembapan kulit
*Gunakan hanya pada waktu malam dan tidak sesuai di gunakan pada waktu siang keranan tindak balas minyak argan yang pantas akan menyebabkan kulit anda menjadi hitam bila terkena cahaya matahari.
*Ia juga boleh di gunakan sebagai asas untuk solekan oleh wanita kerana sifatnya yang tidak berminyak.
*Urutan dan minyak Argan dapat melancarkan pergerakan darah di muka dan menyerikan wajah anda.
  
Seluruh badan:-
  • Lap keseluruhan badan anda dengan tuala sehingga benar-benar kering.
  • Titiskan beberapa titisan minyak Argan ke tapak tangan.
  • Sapukan pada anggota badan yang boleh tercapai dan lurut serta urut dengan perlahan sehingga minyak Argan meresap kedalam kulit.
  • Ulang langkah yang sama sehingga keseluruhan badan mendapat minyak Argan dan urutan.
  • Biarkan ia kering sendiri dan semalaman. Cuci dengan biasa keesokan pagi dengan sabun mandian.
*Sebaik-baiknya di gunakan pada waktu malam.
*Minyak Argan & urutan dapat melancarkan peredaran darah,mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
*Minyak Argan juga boleh di gunakan dalam mandian wap.    
        
Nak beli? Text me at 012.719.5561
60ml . RM70 
Special price for everyone!! 
 

Tuesday, January 17, 2012

Selsema & batuk semasa mengandung

Kerap betul kena selsema masa mengandung. Lambat plak tu nak baik... pelik. Tapi, bila dah research on the net, ibu mengandung memang weak immune system. Kalau pergi klinik, doktor bagi aja ubat selsema or demam. Tapi, balik rumah mula la refuse nak makan. sebab takut.....

Then i jumpa info ni kat www.babycenter.com . Siap ada nama ubat serba sedikit yang safe dan yg perlu avoid. Baca di bawah:

Some of the ingredients in cold medications are considered safe for pregnant women, but others should be avoided.
Most cold medicines are multisymptom remedies that contain two or more drugs, although you can also buy these drugs individually. The drugs include antihistamines for alleviating allergy symptoms and helping you sleep, antitussives for suppressing coughs, expectorants for loosening up mucus, decongestants for relieving stuffiness, and analgesics for easing aches and pains.
Remember that no drug is 100 percent safe for all women, so it's a good idea to check with your doctor or midwife before taking any kind of medicine during pregnancy. Don't take more than the recommended dose and, if possible, avoid taking anything during your first trimester, when your developing baby is most vulnerable.

Here are a few drugs that are okay to take during pregnancy:
The antihistamines chlorpheniramine, loratadine, doxylamine, brompheniramine, phenindamine, pheniramine, triprolidine, and diphenhydramine are considered low risk during pregnancy, but they can make you sleepy, especially doxylamine and diphenhydramine.
The expectorant guaifenesin thins mucous secretions in the respiratory passages, making it easier to cough them up. While some studies have found an increased risk of inguinal hernias in babies exposed to this drug, others have not.
The cough suppressant dextromethorphan got some bad press after one study found that it caused birth defects in chick embryos, but this study had many flaws and is generally not given much credibility. What's more, some good studies of women who took the drug during pregnancy have found that it doesn't raise the risk of birth defects in humans.
The local anesthetic benzocaine is combined with dextromethorphan in one product to treat sore throats. Benzocaine doesn't get into the bloodstream, so it doesn't pose a risk to a developing baby.
The pain reliever and fever reducer acetaminophen has been well studied. It's considered safe to take during pregnancy as long as you take no more than the dose recommended on the label.

Here are some drugs to avoid:
It's best to avoid the decongestants pseudoephedrine and phenylephrine, especially in the first 13 weeks of pregnancy, since there have been some reports of birth defects. Although the risk appears to be low, it could be higher if you're a smoker. After 13 weeks, occasional use of these medications — for example, once or twice daily for no more than a day or two — is probably safe. More frequent use, however, can reduce blood flow to the placenta.
You'll also need to avoid the pain relievers aspirin, ibuprofen, naproxen, sodium salicylate, and other nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). When taken in the first month of pregnancy, NSAIDs have been shown to cause some women to miscarry. New information also suggests that use of NSAIDs in the second and third months of pregnancy might increase the risk of birth defects, particularly those involving the heart.
When used in the last trimester of pregnancy, NSAIDs can cause major toxicity in the unborn child. Finally, when aspirin is taken within a week of delivery, it can increase the amount of bleeding when you give birth.
One final caution: Some liquid cold medicines contain alcohol in concentrations as high as 4.75 percent. Look for products that are labeled "alcohol free."

-Gerald Briggs, pharmacist clinical specialist

Saturday, January 7, 2012

Day out: The Curve & Ikea

Today is the last day hubby bercuti. Tak pergi gateaway memana sebab ada je hal kat rumah 2 hari sebelum nya. Tunggu orang hantar barang la, repair saliran dapur la... so, baru la hari ni dapat bawak my little A jalan-jalan.
Tak pergi jauh pun, hanya Mutiara Damansara. First thing, nak bawa Adam makan pancake. Dah selalu sgt makan pancake mcD, kali ni bawa dia ke Paddington house of pancake plak. Blueberry pancake adam sedap. Yang ayah dan mama dia punya crepe, biase ajer... takde la marvelous sgt... hehe...

Lepas makan pancake kat the Curve, kami off to Chatime. Mama nya plak nak air best. First time try longan & red dates flavour. Not bad. Sedap jugak... Sambil me menghayati my chatime, adam main2 dengan ayah nya. dapat la i duduk rehatkan kaki kejap. Sekarang ni, jalan sikit, duduk banyak.... hehe...


Bila pass by butik Anakku, ada aja mende yag nak dibeli. hehe.... Then kami masuk MPH. Sengaja masuk bookstore, nak biasekan adam dengan books environment. Nak bawa masuk public library, mulut dia bising. Nanti ada plak yang bagi jelingan manja... hehe... Buku yang adam pilih nak belek2 ialah, Cars comic dan Motor trader... hish budak ini..... kereta jugakk.... :D Then i found a really good book that is, My Pregnancy.

best la buku ni... if i'm still in 1st trimester dan jumpa buku ni, sure dah beli. Loads of info... nak beli sekarang rasa macam dah terlewat sgt. Sempat la baca sekejap... To new mommies, this is recommended!

then, we all baru discover level atas-atas the curve. tak pernah pun sampai ke situ. Ada kids playhouse, lupa nama nya. but cheaper than Kidz sports & gym. Dan ada juga kedai RM5 named Daiso, barang2 fr Japan. Pastu, chatime again........ hahaha.... kali ni taste hubby plak, hazelnut chocolate + pearl. Tak pernah tak ramai orang kat chatime ni.... mmg patut pun. Semua orang addicted agaknya...
After that, terus ke Ikea, masyaAllah.. punya la ramai orang... nak makan kek Daim pun terus hilang selera. Grab 1 bulb and 1 storage box, kami pun keluar, sangatlah tak berbaloi... huhu
I dah tak larat nak jalan, rasa nak je duduk or baring kat memana... haha... so, masuk swiss market restaurant, Marche. Tengah2 pilih food, hubby terjumpa plak ex-staff dia yang now kerja kat situ then offered us 50% discount. Ya Allah.... rezeki.... hahaha.... Let's order bebanyak!


Kaki dah penat, perut dah kenyang, Adam dah low battery, kami pun balik....... This could be our last time keluar seharian before i deliver. Just nak spend time dengan Adam sebelum kena berkongsi kasih.... hihi... Nak buat aktiviti mcm ni lagi, lepas adik adam aged 4 months..... ngeee^.. Lambat lagi tuu..... takpe la. we'll see how....

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too