Saturday, December 31, 2011

last day of the year

Hari ni hari terakhir dalam 2011. Apa yang orang lain buat ek? Disebabkan cuti, mesti ramai balik kampung atau jalan-jalan.
Semalam, my parents datang setelah lama tak jejak Shah alam :) Sbb aku yang sarat tak balik-balik dan diaorang rindukan cucu yang bernama Adam ni, terpaksa la juga drive ke sini.... hehe... how cool my parents kan....
Since pagi takde decision nak pegi memana. Stay rumah, lepak masak-masak (dpt ler makan masakan ibu), dah tengahari baru terfikir nak jalan2 ke Putrajaya. Bukan tak pernah pegi sblm ni. Tapi tak pernah amik-amik gambar kat sana. 
Dalam banyak-banyak taman kat Putrajaya tu, kami pilih taman botani. Kat situ banyak pokok-pokok, sejuk mata memandang.... Ada jugak tasik dan Putrajaya Seafood Restaurant.



sebelum masing-masing countdown for new year atas katil, kami dinner kat Ayer's Rock Butcher & Grill Bukit Jelutong =)

Tuesday, December 27, 2011

Persediaan bermula

i stepped into 32 weeks yesterday. that is mean, baby dah berusia 8 bulan.... alhamdulillah... macam-macam dugaan dilalui sepanjang kandungan ni sebesar ini. Apa-apa pun, saya bersyukur....

kalau di flashback, sepanjang 8 bulan ni:
1. admit at hospital at 7th week. too dehydrate. tak boleh nak makan... muntah aja... the next 2 week, masuk emergency aja untuk drip jugak. balik rumah after 2 hours.
2. Adam kena viral infection masa balik kampung, dan mama dia ter jangkit sekali. Can you imagine... morning sickness + cirit birit... ya Allah... tak tau nak cakap mcmmana. Masuk ward again, but tak overnight. Drip the fluids 2 litters, dicsharge dan pergi admit kan adam plak. Stayed at hospital about 5 days.
3. Tok saya kembali ke rahmatullah... :(
4. Demam almost seminggu, 2 days before raya haji sampai habis raya.
5. Colds and blocking nose on and off throughout the pregnancy :( dugaan nyaaaa...

whatever it is, i dah hit the 8th months.... Alhamdulillahhh..... ya Allah, terus la beri aku kesabaran dan kesihatan... Nak dapat anak seronok. Tapi, immune system, sangattt lah lemah....
Minggu ni, dah start kumpul barang2 baby... basuh dan packing. Mana lah tahu kan... apa-apa jadi akan datang kita tak tahu. nanti baru kelam kabut org lain yang tolong siapkan.... which is memang akan menyusahkan orang itewww... hehe... Ada sikit sikit lagi barang yang nak dibeli, nak kena check balik my checklist. By end of next month, hopefully dah settle semuanya.

Thursday, December 22, 2011

Penyimpanan susu ibu

owh... i really need this info. maklum lah, anak pertama tak pernah perah dan simpan. anak ke -2 ni, cita-cita nak full breast feed. InsyaAllah... mungkin kakak and adik2 aku pun kena tahu ni.... boleh la baca....
Source: FB Persatuan Ibu-ibu comel mengandung

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Monday, December 19, 2011

Kiz Sport & Gym

Last Tuesday, we bring Adam to Kiz Sports & Gym at Empire Shopping Gallery. Umur 2 tahun ke atas macam Adam kena bayar RM38 for whole day..... tak kuasa nak main whole day. mau pengsan anak aku kat situ... hehe

Masuk dah dekat 6pm. 7pm lebih dah keluar. Tak ramai pun orang masa tu. Termasuk Adam hanyalah 3 orang... masa tu, playland ini mereka lah yang punyaaaa.... hahaha.... lagi pun they all close kul 8.

Malas nak citer or promote lebih-lebih pasal tempat ni... kalau nak tahu lebih bleh visit website diaorg. Kalau tak silap, ada a few kat KL ni...... dan aku ada snap sedikit gambar tempat ni, untuk tatapan semua :)

Antara rules nya, kena pakai socks all the time, tak boleh bawa/ makan inside. Kat sini juga ada pakej untuk birthday party, dan conduct aktiviti or program untuk kids. Itu apa yg aku baca around that place lah......

parents boleh tunggu kat sini

salah satu playland

pool with bola-bola

reading area kot

1 of activity room

ada jual drinks juga

Saturday, December 10, 2011

kenapa Addin sakit perut??

Addin is my adorable nephew :) comel kannn.... Baru-baru ni, dalam 3 minggu lepas dia selalu sakit perut.... sakit perut bukan nak poop. Tak tau kenapa... Bila dia sakit, dia akan menangis dan of coz meragam. Kesian bila my mom kol cerita dia mengadu sakit perut especially lepas makan. Dia memang kuat makan.....

Dah bawa Addin ke klinik. Doktor cakap 'angin'.... hurmm... senang jer doktor ni... pastu senang-senang bagi ubat angin + cacing untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas. (sekolah mana doktor ni ekk...) Mama nya dah google based on simtom-simtom yang ada. Kemungkinan yang ada adalah cacing, makanan tak hadam, susu tak sesuai dan macam-macam lah. Antara salah satu yang you all boleh baca kat sini .

Sedih bila dengar anak saudara sorang ni asik sakit, walaupun sakit perut. Tak tahu apa sakit addin ni. But, i am seriously risau. Tetiba aku teringat kan minyak kelapa dara. Terus aku bbm kat mama dia supaya amalkan titik sikit minyak kelapa dara dalam susu Addin. Mama nya buat dan amal kan dalam 5 hari - seminggu. Alhamdulillah... Addin takde sakit perut lagi. Boleh baca khasiat minyak kelapa dara di sini.

Untuk mommy2 semua, standby la satu minyak kelapa dara kat rumah. Banyak khasiatnya untuk seisi keluarga especially untuk anak-anak kecil. Mereka bukan boleh makan ubat sangat kan... Cari lah cara alternatif. InsyaAllah... 

Tuesday, December 6, 2011

Me'nate Steak House

Ulasan ikhlas dari hati en Ni. hehe..... kalau sedap katakan sedap.... kannn.... Jgn tipu2.


signboard kedai... 'besar' sangat sampai tak perasan. 2 kali lalu baru nampak.

Semalam aku pergi jejalan cari makan la kononnya. Hari pertama cuti. Itu la aktivitinya. So setelah tengok kat promo latest JJCM. Aku pun decide untuk mencari kedai western yang diberi nama Me’nate. Perghh tengok kat jalan2 cari makan. Ianya memang gempak dan terliur la. Kedainya terletak di ampang jaya. Jalan yang menghala ke highland tower sana. 

Pada mula nya memang tersesat la juga. Kerana direction yang diberikan oleh salah satu blog ni memang konfiuskan orang aja. So aku pun main try and error saja. Hehehe. Akhirnya jumpa. Rupanya dia depan kedai Naan corner aja. Cehhhhh. Buat perabih minyak saja. Hahaha. 

Kedai ni memang sekali pandang aja korang takkan jumpa,kerana mcm kedai kek sekali pandang pun ada. So bila aku masuk kedai tu. Mak ai boleh tahan jugak ramai. So aku sekeluarga pun tangkap la satu table. Sekelip saja waiter dia dtg bawa menu yang tak pernah aku tengok seumur hidupku makan western. Segalanya jenis steak dia ada dan dari murah sampailah kemahal punya daging dia ada. Bravo untuk tuan punya kedai. 

Yang pelik kat menu dia ialah dan mengelirukan customer ialah tiada harga tetap. Semuanya tertulis harga pada 100gm. Pada aku ni ok lah. Tapi pada aku,ianya agak tidak munasabah bila ada pelanggan yang tak tahu harga dan main order sahaja. Silap haribulan mahu tak cukup duit. 

Aku ni memang agak cerewet dengan hygienelah kalau nak tahu. Keadaan sekeliling agak kurang sikit la. Ada kucing bekeliaran. Dan tengah2 makan ni, Sikucing yang comel itu melompat ke atas. Ishhh pada aku la itu tak bagus. Tak tahu lah pada orang lain. Minta maaf ya tuan kedai. 

Aku order lah rib eye steak (medium cook). Hehehe. Bila sampai steak tersebut. Aku memang tidak nafikan yang presentation steak tersebut amat menarik. Steak yang tebal dan perfect medium grill. Tetapi…



Bila steak itu memasuki mulut aku. Aku rasa mcm apa yang aku makan ni??? Tak ada rasa lgsg?? Tak akan setakat grill kosong aja ke? Tak ada letak apa2 seasoning ke??. Aduiii. Failed sikit la rasa nya. Aku yang dah biasa dengan Victoria Station,The ship, San francisco Steak House, Ayer rock butcher & grill dan macam2 lagi la. Memang tak leh lawan lah bro. Aku rasa mcm tertipu dek TV saja. kalau aku kata kurang sedap. Tak elok la kan. Kerana aku tengok kat blog2 lain dok memuji sangat. So no komen la about orang lain punya tekak. Pada tekak aku ni ia menolak sama sekali. Kalau kira bintang tu, aku hanya akan bg 2 bintang saja. Itu pun kerana daging yang ko guna. 



Aku makan kat situ untuk 3 orang Rm 145 nett. Kalau kat Ayers Rock takkan sampai begitu bil nya. Makan massive burger kat ayers rock ni pun dah cukup menyelerakan. End up kami sekeluarga balik dengan keadaan yang hampa dan dok tergelak. So that is the first and the last la kami singgah ya tuan.

Ehhhhhh. Hari dah jauh malam. Masa untuk tido. Harap2 x termimpi steak. Hahaha.

Friday, December 2, 2011

Pesanan buat suami

Haha... Tajuk sure suspen kan. Ni bukan saja untuk suami, malah suami orang lain, anak, abang ipar, menantu dan cucu. Semua harus baca. Petikan ini diambil dari facebook page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung. Bagus untuk orang lain LIKE juga :) Cheers!

PESANAN UNTUK SUAMI


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni Senteng sahaja.Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Tuesday, November 29, 2011

How tired...

Since si comel Adam lahir, I quit my job. Takde la kerja gempak sangat. Tapi ok lah... Selepas itu, bermula lah kerjaya aku sebagai momager / surirumah sepenuh masa. The reason why aku jadi surirumah ni adalah kerana tak dapat babysitter at the first place. Nak hantar nursery, memang tak sampai hati. Ingat anak dah umur setahun, boleh la kerja balik. Tapi, aku masih lagi di rumah. Kesian tak habis-habis. Hehe

Dengan menjaga sendiri anak di rumah, aku dah menyenangkan hati aku dan juga hati en hubby. Tak yah susah2 hati bila bekerja, anak makan apa, kena pukul atau tak, berak anak lambat basuh ke tak, sakit demam boleh dikawal (insyaAllah)... Kan... Tapi, adakah anda tahu bahawasanya menjadi surirumah sepenuh masa adalah sangat penat???

Kerja rumah memang tak pernah settle. Phewww~~~ Tapi, mak selalu pesan, banyak pahala besarkan anak. So, sabar je lah kan... :) Diploma dan degree aku simpan ajer lah buat kenang-kenangan buat masa ni... hihi... Anyway, thanks to hubby sebab provide streamyx wifi kat rumah, and also give me a blackberry. Kalau tak, tak tau la apa aku akan jadi. Bukan katak bawah tempurung lagi...... katak bawah tempurung dalam gua :)) sebab tv di conquer oleh anak dengan cartoon network atau DVD. Itu saja cecehan buat hari ini :D... 

But, i love my family... xoxo :)

Wednesday, November 23, 2011

suspen jer.. lepas makan pisang goreng

Petang td aku rasa sakit bawah perut. Sejam sebelum tu aku makan pisang goreng. Memula buat tak tahu jer... Tapi tetiba teringat aku pernah rasa sakit yang sama masa kat rumah kakak aku dan lepas mkn pisang goreng jugak. aikk.... sama jer pattern nya. kenapa niiiii??? Takkan tak boleh makan pisang kott...

Bila duk fikir, fikir dan fikir... adakah disebabkan KAPUR? Tau tak kapur makan tu??? Memang aku ada campur dalam bancuhan tepung untuk mengoreng tu. Lagi menakutkan aku bila teringat mak aku pnah cerita, kapur makan ni bila disapu pada sejenis buah (aku tak nk bgtau), bukan saja boleh menggugurkan kandungan, malah boleh mengancam nyawa si ibu. Mungkin dalam kuantiti yang banyak.... tapi, still menakutkan hokeyyy....!

Apa yg nk menyedapkan hati cuma, aku letak sikit je air kapur tu dan baby in my tummy dah nak masuk 7 bulan....... ya Allah..... peliharalah kandunganku...... Ameennn...
Apa-apa pun, aku agak je sebab kapur. Readers jangan main percaya je ok. tapi, berhati-hatilah dengan apa kita makan terutama bila mengandung. Semoga selamat semuanya........

Wednesday, November 16, 2011

Restoran Soto Shah Alam, Section 8

Dah 2 kali aku pegi restoran ni untuk tapau sejak berbadan dua ni. Teringin sangat nak makan soto kat sini. Tapi 2 kali pegi, tutup. Rupanya they tutup untuk renovation dan dah buka semula on 14 Nov.

Malam ni dapat la makan soto kat restoran ni. Restoran ni dah upgrade meja dan kerusi, tempat basuh tangan, dah tambah a few tv, dan ada jugak roti canai, nasi lemak, nasi dagang dan nasi kerabu. (tak tau la kot2 sblm ni aku tak perasan. sebab sekali jer pegi malam. yang lain mkn lunch)
ni la rupa soto yang aku makan
Tapi, rasanya mcm a bit different dari yang lama. Bergedil nya aku tak nampak. Ada rasa mcm bergedil, tapi rupanya tak mcm bergedil. Rasanya lebih kurang sama. Mungkin tukang masak atau tukang buat bergedil dah lama tak warm up tangan utk gentel bergedil tu kot. Sebab dah lama kedai ni tutup untuk renovation.
tempat lauk. memang hujung ke hujung
Kalau lunch time, restoran ni memang serve lauk hujung ke hujung. Memang banyak pilihan. Dan definitely ramai giler pelanggan dia. Kalau dah boring makan kat rumah, dah tak tau nak masak apa, lunch la kat sini. Boleh tido atas lauk pauk nya.....hihi. Lupa nak snap pic depan kedai. Tapi rasanya ada blog2 dan web lain yang letak alamat dan map kot. Leh tgk kat diaorg :)

Monday, November 14, 2011

ipad2, tab or no no (part 2)

*sengih besar-besar*

Finally we choose Samsung Galaxy tab 10.1! hehehe...

 
memang lah... hati mak ayah mana yang sampai hati nak tengok anak berebut mende alah ni bila orang lain ada.... tapi, mama tak bagi adam main tab 24/7. I bagi masa dia dah under control, mengamuk, boring tahap gaban, balik kampung, berebut channel tv ngan mama dan kacau mama dia masak or buat kerja-kerja penting. Other than that, little Adam hanya main toys, layan cartoon network dan DVD.

Best jugak G Tab ni. Interface cantik, dan senang nak faham (belum abis explore lagi...). Tapi basically, mcm pc la jugak. Cuma lebih simple. Sapa yang teragak-agak nak beli, sila beli..... hehe

Saturday, November 5, 2011

ipad2, tab or no no...

Hurmm... Ku di dalam dilemaaaa...
Bukan sebab nak beli yang mana satu... Tapi nak beli atau tak. Tujuannya pulak, nak diberi kepada anak yang baru berumur 2 stengah tahun... Macam berlagak je bunyinya kan... :P Tak caya, tgk la fb, berapa byk gmbar anak2 yang tgh touch touch touch...

I did my own research over the internet and magazines. If you all pun ada baca any parenting website or blog and magazines, most of them will said, NO NO for children under 3 years old. Betul juga kan?? Childrens needs human interaction bukannya computers. Even tengok tv banyak sangat pun tak bagus. Takut anak boring ekk? Kanak-kanak perlu boring supaya mereka boleh jadi kreatif.

Macam aku sendiri, agak2 kenapa parents sekarang nak belikan anak-anak diaorang gadjet2 ni? Is it all about learning? Ye kerrr??? :D Bukan sebab tak nak anak kacau ker? Hehe... Kalau beli pun, sure hanya untuk youtube dan puzzles only. Mak2 and bapak2 mesti dah ada BB or iphone sendiri nak access fb or twitter, kecuali lah agen2 korset yang suka jinjing mende alah ni kesana kemari... Hihihi :D

So, nak beli ke tak, nak beli ke tak? Kalau x beli, sepupu sepapat, jiran sume ada which is mende tu jadi punca peperangan, perrebutan dan pergaduhan. ngehh3... Aku dah tak larattt....

Sunday, October 30, 2011

testing..

I'm using my bb. Nak try, lepas tak nak publish. Smlm x lepas smpai hang bb aku. Hehe...

Susah sgt nak online pakai pc, dah terpaksa ku gagahkan jari dan mata menaip di skrin kecik ini. Bismillahirrahmanirrahim... 1 2 3... Publishhhh!

Monday, October 17, 2011

online shop

kindly visit 
http://omgitsninaa.blogspot.com 
:)

Monday, October 10, 2011

Detail scan of ni.na junior on week 21

Today, i have an appointment for detail scan at 8pm. Tapi disebabkan jemm yg amat kat 13 sbb org nak pegi tgk bola, i sampai UMRA at 8.20pm... dah nasib, sure diaorg lambatkan turn aku sbb org lain pun by appointment jugak.

Macam biasa la, Adam hates hospital or clinic so much. Dia banyak melalui saat pahit bersama hospital dan doctor. hehehe... Sampai2 pun dah tak nak masuk dan ajak balik. Kejap-kejap menangis. Playland kat situ dapat memujuk dia sekejap je. Nasib baik la ada 2 org aunty dia yang follow, kalau tak, tak tau la berapa byk jelingan manja yang akan aku dpt dari patient2 yang menunggu tu...

Lepas blood pressure test dan urine test, lama juga aku tunggu untuk scan slot... Haihhh... Kesian kat aunty2 Adam. Adam so duduk tak diam. Lepas about one hour waiting, baru la nama aku dipanggil.

Masuk je bilik, nampak Ah soo... hehe. Pakar scan sblm ni muda remaja. Dalam hati, sure garang dan tak friendly. Rupa-rupanya sangat baik, friendly, detail explaination, ada sense of humor dannn.... sume yg baik-baik lah. About my little baby in my tummy pulak, ukuran semuanya normal mengikut progress, tulang nampak clear, berat baru dalam 300g lebih, the gender is GIRL *excited!!!* . Katanya lagi, hidung mancung and looks very comel (tak tau la tu.... hehe). Banyak lagi yang diukurnya seperti kepala, tulang bahu, jarak mata dan sebagainya. Apa-apa pun, Ahlamdulillah...... Syukur pada Allah......

Lepas detail scan, jumpa doctor pulak.... ding dong ding dong, jam 10 lebih baru keluar dari UMRA. Keluar dari bilik doktor td, nampak adam dah ceria sangat dan tak henti-henti bercakap dan cerita itu ini...... hehehe... Aku dan husband smiling all the time. Mood baik okeyyy... sbb nak dpt sepasang. Adam buat nakal sket pun, layan ajer... utk mlm ni... hehe
4D image. Tangan dia kat mata
Ala... nak upload video. tak lepas pulak.... :(

Tuesday, October 4, 2011

Cirit birit

Seumur hidup Adam yang dah berusia 2 thn setengah ni, dah 2 kali dia masuk hospital kerana cirit birit yang disebabkan viral infection. Dia berak-berak dan muntah. Kali pertama kena, memang tak tau berjangkit dengan siapa, tapi I ada suspect seseorang la (tak leh cakap kat sini)... Disebabkan itu adalah pengalaman pertama kami as a parents, kami saaaaaangat lah sedih dan susah hati. Nasib lah aku tak bekerja boleh jaga fulltime dan ayahnya cuti hampir seminggu berkampung di hospital.

Kali pertama admitted kat hospital
Kali kedua, kami dah ada overview dan sedikit tenang berbanding dulu. Kali ni berjangkit dengan my cousin masa balik kampung. Disebabkan aku dah bagi minyak kelapa dara awal2 lagi, adam nampak ok. Tapi sebab dia muntah juga, dia tak nak makan. So, kena drip fluids jugak... Hampir 5 hari aku dan adam berkampung di KPJ Selangor. Lucky him, Adam ada medical card.
Kali ke-2 admitted.
For those yang anak kena cirit birit, harap bertenang. If you all google pasal cirit birit kanak2 ni, memang tiada ubat. Doctor hanya akan bagi ubat tahan muntah, ubat kembung dan ORS. Selain tu doctor kat klinik ada menyarankan supaya memberi air nasi which is sama info ngan apa yg aku google. Dan yang paling penting, it takes 7-8 days untuk kanak2 itu sembuh. So, kalau admitted seminggu tu mmg normal. Tapi make sure it is not a rotavirus lah...

Aku dah serik tgk anak kena cirit birit. Kesian... Kalau dah melecet, laaaagi diaorg meragam. Now, bila nampak adam poopoo lain macam kerap jer, aku akan masukkan 3-4 titik minyak kelapa dara dalam susu botol dia. Pernah sekali tu, berak trus stop, cuma kentut2 je. Hehe... Alhamdulillah... Minyak kelapa dara boleh membunuh bakteria, dan pelbagai lagi khasiatnya.. Tak sia2 standby 1 kat rumah.

Thursday, September 1, 2011

Tok tidak dilupakan

I lost my nenek on 6th Ramadan 2011. Kami tak panggil arwah, nenek. Tapi kami panggil 'Tok'. Tok pergi pada usianya 76 tahun di Hospital Tuanku  Zahirah Kuala Terengganu, waktu sebelum subuh. Tok memang ada sikit kencing manis, darah tinggi, sakit urat, kolestrol... tapi dia meninggal disebabkan jangkitan kuman kat paru-paru... dah ajal kan... sedih... sedih... sedih... :'(

Alhamdulillah mak aku sempat berbakti di hujung hayat ibunya... 3 hari mak di hospital bergilir-gilir dengan adik beradik yg lain. Kami cucu-cucu yang lain kecuali kakak sulong gerak selepas dapat berita dari emak. (selepas sahur). Kak long dah balik awal dan sempat jaga tok kat hospital juga. Sampai kat kampung, memang dah nyaris-nyaris tak sempat nak tatap wajah tok buat kali terakhir. Tok dah siap dikafan tapi bahagian muka dibuka semula supaya kami cucu-cucu dapat tengok dan cium tok buat kali terakhir. Unfortunately ada beberapa adik yang tak sempat. Hanya beza beberapa minit sampai selepas kami. (Lain-lain kereta)

Memang rezeki aku dapat jumpa tok 2 minggu berturut-turut sebelum pemergian dia. Minggu pertama, memang sengaja balik kampung, dan minggu ke-2 balik ambil mak yang balik jaga emaknya yang dah mula sakit dan juga ada kenduri bacaan Yassin mendoakan kesihatan tok. Minggu pertama tu, sempat tok bagi Adam duit RM10 sambil cakap, "tak jumpa dah moyang lepas ni..." Aku jawab, "ish... memandai je la tok ni..." :'((

Tok dah takde, balik kampung dah macam tak berseri. Dulu, balik kampung Trg lah paling best. Tok ada kedai sarapan pagi di mana dia jual nasi dagang. Nasi dagang dia yang paling sedap di dunia. Setiap hari tak pernah tak habis. Sampaikan kalau kami bangun tido lambat, mak kena simpan dan sorok siap2 bahagian kami adik beradik. Sejak tok dah tak berapa sihat dan sakit lutut, tok dah tak buat nasi dagang lagi.....

Banyak lagi kenangan manis kat kampung tok dan tok sendiri selain dari dia suka bagi duit kat kami kalau balik kampung... budak-budak, memang suka dapat duit kan.... Banyak kalau nak diceritakan. Kalaulah korang, adik beradik ku ingat kat tok, jgn lupa doakan kesejahteraan tok di sana dan juga sedekahkan pahala ayat Quran ya... :'(( She is our favorite nenek kan???

Al-fatihah untuk Tok.

Sunday, July 10, 2011

singgah sebentar...

Lama nya tak update blog....

Sebab, sangat tak sihat... pening, muntah-muntah, dah balik rumah parents pun untuk 2-3 minggu. Dan yang lagi advance, dah admitted kat hospital untuk satu malam, drip air. Banyakknya makan ubat... risau pulak. Ubat angin, tahan muntah, antibiotik, injection and few vits. Harap2 yang di dalam perut ku ini tak apa2, sihat dan sempurna.... amin....

Wednesday, June 1, 2011

Sedap ke Cupcake Chic?

Sedap ke? Ermmmm.....

Because of craving so hard after watching DC Cupcake, i bought that cupcake at Sunway Pyramid. I memang looking for classic cup cake in the paper cup. Tak suka cup cake yang dalam souffle cup. ngeeee.....

Dah lama tengok kedai cupcake chic ni. Tapi tak de selera pun nak beli, tapi lepas nonton DC cupcake, selera membuak-buak pulak nak makan cup cake.

Tapiiii...  ermmm... tak nak komen banyak-banyak, just.... aku rasa bebiase jer... huhu. (Tapi ramai yang beli hokeyy... Pelik aku!) The cake not so fluffy and the frosting also just so-so.... Tak tebal dan gebu pun. *frust* I so want DC cupcake!!! hehehe.... ngade tak?

RM27 for half dozen, we picked red velvet, black forest, tiramisu, nutter gone banana, fatal attraction and one more i couldn't remember. But i have the cakes pictures, captured from my sister's hand phone. Enjoy looking :D

Berangan nak buat sendiri. Tapi acuan kek tak beli-beli lagi.... hihi...

Friday, May 27, 2011

One night at Pullman Lakeside, Putrajaya

Tetiba, pada satu tengahari in January 2011, Ni sms ajak keluar menghirup udara segar after work. He said, he already booked Pullman. I was like, "Pullman? kat mana tu?"... hehe...... Punya la tak aware masa tu, ada hotel tu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pullman Hotel ni terletak di No.2, Jalan 5/5 , Presint 5 , 62200 Putrajaya. Patut la tak perasan. Selalunya pergi Putrajaya, asik-asik Alamanda, Masjid, Taman Botani dan depan Istana kehakiman.... Lepas berpusing-pusing 1-2 kali kat stesen bas baru tu, baru la kami jumpa....

"Wahhhhh... cantik nya hotel ni....." Itu lah bunyi our first expression. Memang cantik atau sangat cantikk... The hotel split into four wings each with a unique theme which is indian, malay, borneo & chinese. Not sure about the theme, but that's what we heard lah. One of my friend said, kos untuk membina hotel ini adalah sebanyak kira-kira RM300 Mil ++... wowww.... patut lah!
see the entrance... nak masuk parking
bas drop visitor kat area sini
 We stayed there for one night on wednesday, nmpaknya macam tak ramai orang. Lengang jer dan aman damai... Our room was at the Rafflesia wing. Don't have any idea what our theme is. hehe...
masuk je, dah ada this welcome note, fruits and muffin. Yumm...
view from our room's balcony
the amazing night view

The next day, we had breakfast, but i makan sikit aja because of dizzy and gassy (since that morning). So i don't really enjoy the food. My hubby said, the food tak meriah punn... hehe. Tak tau lah tu, sbb i tak bangun lansung untuk ambil makanan. Maybe tak meriah sebab it's weekdays... kott...
during breakfast
 Lepas breakfast, we all jalan-jalan tour hotel. We taking some pictures, also went to kid's room and the swimming pool... My little A sampai menangis-nangis la tak nak keluar dari kid's room ni. Next to kid's room is Wii room, but it's locked at that time. Tak sempat juga nak pergi their gym and spa, sebab rushing... 
kid's room and swimming pool
 Walaupun dekat jer, mood holiday tetap ada. hehe. tak yah penat driving jauh-jauh. Thanks to our bread winner for bring us there, fresh start for happy 2011. It's time to check out... Till come again...
lobby entrance from inside hotel compound



Saturday, May 21, 2011

Khasiat Minyak Kelapa Dara + Herbatus sauda


Baru start makan minyak ni 2 hari lepas. Terasa hidung sangat lah 'clear' nya. *Alhamdulillah... suka-suka* Sebelum ni makan jenis pure. Ok jugak, tapi dah lama stop. Dulu beli kat kedai, sekarang dah join ahli. Murah!! Those yang beli aja boleh dapat baca khasiatnya secara specific (leaflet dalam kotak), takde pulak pernah jumpa kat website. So, aku share sini... kot-kot la leaflet ni hilang nanti.

Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan herbatus sauda secara specifik ke atas jenis-jenis sakit dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal:
  • merawat selsema
  • migraine & sakit kepala
  • Merawat sakit gigi, radang gusi
  • kelumpuhan muka (facial palsy)
  • pengeluar kahak (expectorant)
  • lumpuh, gout, sakit tulang (calluses)
  • merawat sistem penghadaman
  • memusnah organisma dalam hati, limpa dan buah pinggang
  • sakit telinga, gasterik, katarak
  • mencerdaskan minda
  • batu karang, batu hempedu
  • melancarkan peredaran haid
  • buasir (haemoroids)
  • psoriasis, eczema, amnesia
  • kelemumur, gatal kulit, alahan (allergies)
  • mengelakkan barah, menguatkan kelenjar
  • diabetis mellitus, puerperal fever
  • anti radang, myrmecia
  • kutil (corn), ketuat (warts), bengkak (swelling)
  • masalah hempedu/hati (bilious ailment)
  • sengal tulang (rheumatism)
  • mengurangkan kadar gula darah
  • jaundice, batuk & batuk kering
  • bronchial asthma, kardiak asthma & paru-paru berair
  • degupan jantung (palpitation)
  • menambah susu ibu
  • merawat sistem pernafasan
  • keampuhan lelaki
  • memperbaiki kontor buah dada
  • sakit tuan (premature ejaculation)
  • sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis)
  • chronic dysentery, cirit birit, colic
  • cirrhosis of liver, membunuh parasit
  • mencergaskan seksual
  • luka gigitan anjing gila, gigitan ular, bila lebah dan tebuan
  • antioksidan, anti kulat & antibakteria
  • eruptions, sclerosis, orchitis
  • anti punca demam (anti-pyretic)
  • menghilangkan sakit (analgesic)
  • antihistamin aktiviti- sesuai untuk merawat allergic
Herbatus sauda kaya dengan asid lemak poli tak tepu yang membantu mengeluarkan prostaglandin E1 yang fungsinya berkait rapat dengan perkara-perkara berikut:
  • memperkuat sistem immunisasi
  • memperbaiki metabolisma gula
  • melindungi dinding perut
  • blood clots
  • penstabil fungsi otak, saraf & jantung
Peringatan: Tidak sesuai untuk wanita hamil.

Phewww... penat menaip... tapi, banyak betul khasiatnya kan... hanya dari buah kelapa...
Nak beli? Sms to 012-7195561 (harga istimewa & penghantaran percuma).

Thursday, May 19, 2011

Waterlily Bistro, Mutiara Tropicana

Yesterday is my sister's graduation/ convocation day. So, my parents was here to attend the ceremony. Macam biasa lah, kalau parents datang, we all selalunya akan dine out beramai-ramai seluruh keluarga. Fikir punya fikir punya fikir, takde idea nak makan kat mana... At last, kami semua ke Waterlily Bistro at Mutiara Tropicana.
Actually, i dah 2-3 kali makan kat sini, tapi kali ni mungkin special sikit sebab May is my month!! hehe... Lots of things happened in May. My birthday, my son's birthday, my wedding day, mother's day, our love anniversary day plus my sister convo some more.... makes me want to blog about our dinner. Nasib baik i am not a teacher. Kalau tak, tambah lagi satu... Teacher's day. Huhu...Masa kami sampai, hujan masih renyai dan tak dapat nak snap Waterlily from outside.

Dulu kami pernah makan kat upstairs section, tapi kali ni diaorg cakap, atas closed sebab bawah still ada meja kosong. Boleh gitu??? Hurmmm... Takpe lah. Then, nak order food also take me sometime... hihi... tak tau nak order apa... (dengan botol susu anak tertinggal nyer) makes me... hilang fokus... arghhh! *ngade* Dan, hubby and i quite cemas bila dapat seat depan beverage counter which is nampak botol-botol liquor secara terang-terangan. (sure mak ayah aku takut-takut nak order nih!) 

Waterlily ni brings Balinese concept, served Balinese cuisine dan ada jugak sedikit pilihan western food. Paling tak pernah miss order ialah 'mint lemongrass mojito'... refreshing!
mint lemongrass mojito, hot hazelnut latte, 'tak ingat' dan green apple splash
nasi bumbu kambing dan lamb chop
chicken and squid combo dan beef steak 'something2'.. lupa..
Food is good, price biasenya orang akan cakap 'reasonable', large portion, interior cantik dan comfortable. Tak sempat nak snap semua food, sebab banyak sangat... Dan hasilnya ialah... erkkk... Alhamdulillah, kenyanggg....
geram sikit bila tengok gov tax dan service charge... huhu

Saturday, May 14, 2011

2 tahun lah!

Happy 2nd birthday sayanggg...
Adam, walaupun dah umur 2 tahun, you are still my baby... hehe. Muachhh... Mama & ayah love you so so much. You are our dancing machine! Jangan nakal-nakal, jadi anak yang baik, bijak, soleh, gembira dan sihat selalu. Aminnnn.
Potong-potong kek plan to be on 17 May. No happy-happy party this year, just buat solat hajat and baca yassin as his aki wish (among family). Ok juga tu kan...

Friday, May 13, 2011

The moment he was arrived...

2 years ago, Adam dilahirkan pada jam 8.50pm secara c-sect di Hospital UMRA. Masih teringat-ingat mild contraction bermula jam 6.30am. I was like, is it a contraction?? hehe... Sebab the EDD was supposed to be on the next day. After sent few text to my mom, i pergi hospital selepas alas perut sikit dan bila doctor check, wow... 3 cm already!!! yeay yeay... dah nak bersalin...

I terus kena stay kat normal labour room. Masa tu around 1pm, ketuban dipecahkan dan tungguuuuuu... Makin lama semakin kuat contraction datang. What can i describe is, 10 times harder than period cramp sampai macam nak tercabut pinggang. Sakit nyaa... After 4cm, then 7cm, doktor datang dan check, i dah terlalu bleeding. The doctor said, to be safe i tak boleh do normal delivery. (ohh... Thank God! dah tak sabar nak bersalin sebab dah lama sakit)

Lepas sign borang2, terus masuk operation theatre jam 7.45pm. First time tengok real operation table. Scaryyy.. I dibius di pinggang belakang oleh pakar bius, Dr Afa, dan terus hilang contraction sebab kebas dari pinggang ke kaki. Mengantuk sangat, tapi masih sempat rasa pisau Dr Rafi lalu bawah perut which is, tak sakit pun. hihi... Tak lama lepas tu, dapat dengar Adam dah keluar, menangis then terbatuk-batuk. hehehe.. sukeeeee sangat! Alhamdulillah... Anak aku selamat. Dr Ummul balut dengan selimut, bagi i tengok, cium dan Adam di bawa keluar. (Adam berbau air kelapa masa tu, wangi. hehe) Lepas tu i dah berlepas ke lala land... fuhh.. sedapnya tido...
Seminit lepas bius...
I: err.. doktor, saya nak...
Doc: muntah? (terus hulur besen kecil sepantas kilat)

Aku tersedar dan mamai-mamai sikit masa nurse dress me up dan tolak ke ward. Masuk ward tak pasti pukul berapa, tapi i nampak my friend, Rose Ann. hehe... Tak tau la aku say 'hi' ke tak kat Ann sebab macam aku cakap merapu jer. hahaha... Pastu sambung tido lagi... Betul-betul sedar jam 2 pagi, hubby ada kat sebelah bersama bubur McD :D Tapi tak makan, sebab ada ayam dan takut gatal masa tu. Maklum la, first delivery experience. Sambung lagi tido dan hubby teman dikatil sebelah.

Esoknya baru betul-betul dapat jumpa Adam dan suka betul bila adik-adik cerita, dengar suara Adam menangis punya la kuat masa keluar dari operation theatre tu dan siap terbersin. Semua ni, such a precious experience.
Ini la hasil nya..... tadaaaa....


Adam, the whole family is very happy to have you as a part of us. Jadi anak yang soleh ya!

Not very interesting fact:
1. Had morning sickness at 6th week pregnancy.
2. Admitted to the hospital twice due to very bad alahan.
3. Asik muntah sepanjang pregnancy (orang cakap, selalunya sampai 3 bulan aja. saya orang terpilih, sampai nak bersalin pun muntah lagi)
4. Used to muntah dalam surau (nasib ada beg plastik) dan tong sampah bawah meja ofis.
5. Tinggal puasa 17 hari pada ramadhan.

Wednesday, May 11, 2011

'Buat', Santau, Sihir...

Percaya atau tidak, kena percaya juga. Tak kira la mana satu perkataan pun, aku benci benci benci sangat dengan orang-orang yang mengamalkan perkara di atas. Tak sangka, di zaman moden lagi millenium ni ada lagi orang berfikiran zaman batu yang sempit akal. Kalau tak puas hati dengan orang lain, bukan itu caranya untuk melepaskan marah anda..... Cuba orang-orang yang berkenaan ni fikir, macammana kalau perkara yang sama jadi kat diri sendiri, keluarga dan orang2 yang dia sayang... Perbuatan ni boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang, kerjaya dan seluruh keluarga. Lu pikir la sendiri!!!
Apa-apa pun, semoga kembali kepada tuan atau pembuat atau penghantar. Amin... Allah Maha Berkuasa dan mendengar doa-doa orang teraniaya. What goes around comes around...

P/S: Amalkan 3 Qul dan ayat Kursi. InsyaAllah.

Sunday, May 8, 2011

Khasiat Minyak Kelapa Dara


Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia :-

Kecantikan luaran:
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

Kesihatan dalaman:
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem - sistem enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan daya tahan tubuh:
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

Membunuh virus, bakteria dan kulat.
  • Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain ) serta membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit.

Hubungan suami isteri:
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah menopaus wanita.

Produk Bio-Asli yang ditawarkan sungguh berkualiti dan terbukti. Diiktiraf seluruh dunia dan mempunyai sijil halal. Ia terbukti berkesan mengatasi dan membantu mencegah sebarang penyakit kronik. Jadi sambil kita menjana pendapatan kita juga menjaga kesihatan tubuh badan.

Nak beli? Sms to 012-7195561 (harga istimewa & penghantaran percuma)

KLIK SINI UNTUK JADI AHLI

dont treat people like nobodys... everybody is a somebody to somebody - *

Read these too